PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN


PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN | Tadi semasa sembang-sembang masa makan dengan rakan-rakan dicafe, kisah penyakit talasemia menjadi bahan bualan antara kami. Sebenarnya patik tiada informasi berkenaan hal ini. 

Nak dijadikan cerita, seorang rakan patik mempunyai latar belakang penyakit talasemia ini. Mengikut kisah beliau, mak dan ayah beliau adalah pembawa penyakit thalasemia dan 3 daripada adik beradik beliau sekarang ini menjadi pembawa penyakit talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. 

Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. 

Mereka yang mengidap Talasaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk. 

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.

Apa yang patik boleh simpulkan bahawa penyakit talasemia ini adalah penyakit yang melibatkan darah yang boleh membawa maut. 


Mengikut pengalaman kakak yang bersembang dengan patik tadi, jangka usia bagi mereka yang membawa penyakit thalasemia ini tidak lama.

Pakar perubatan menjangka pengidap yang mengalaminya hanya boleh bertahan sehingga usia dalam 20-an. Fakta ini diakui oleh kakak tadi yang mengatakan 2 adik beliau telah menemui Ilahi pada usia bayi lagi dan 1 lagi pada usia 26 tahun. Hanya tinggal adik bongsu beliau yang mengidap talasemia ini masih sihat.

Lepas habis bersembang tu, patik pun cuba membuat sedikit pembacaan didalam mana-mana laman web dan sedikit gambaran yang patik jumpa yang mungkin boleh membantu patik dan juga orang diluar sana untuk memahami bagaimana membawaan talasemia ini.


Nasihat patik, sila buat pemeriksaan talasemia dari awal sebelum korang semua ingin meneruskan berumah tangga atau meneruskan sesuatu perhubungan.

Memang cinta itu buta. Tapi fikirkanlah apa yang anak-anak korang akan alami sekiranya tindakan awal tidak kita cegah.

Ini hanyalah sekadar rasa hati patik saja. Tiada kaitan antara mana-mana pihak yang hidup atau yang mati. Sekadar bahan bacaan ringan untuk pengetahuan semua. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen