RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA LOKASI MAKAN DI ATAS TASIK

Saturday, January 09, 2016

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA LOKASI MAKAN DI ATAS TASIK | Kalau korang yang sering ke Tasik Titiwangsa memang akan terbiasa dengan lokasi restoran ini yang dahulunya adalah Restoran Nelayan dan kini dikenali sebagai Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang menjadi milik penuh kepada Felda D'Saji Sdn Bhd

Bagi patik, jenama D'Saji memang tidak asing lagi kerana mereka memang selalu memberikan perkhidmatan katering untuk apa jua majlis seperti majlis akikah, kenduri kahwin dan sebaginya. 

Tempoh hari patik sempat menjengah Restoran D'Saji KL Titiwangsa yang terletak di atas Tasik Titiwangsa dan hanya terletak dibelakang Istana Budaya

Restoran yang terapung diatas Tasik Titiwangsa

Hidangan Buffet Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Yang bestnya di Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini adalah pakej hidangan yang mereka sediakan disini adalah sangat berbaloi dan berkonsepkan buffet bermula dari pakej sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam selain mereka juga menyediakan makanan berkonsepkan ala-carte. 

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Makanan berkonsepkan buffet

BUFFET PAGI 
Masa: 7.30 pagi – 10.00 pagi (Sabtu & Ahad) 
Harga: RM12+(dewasa) 
Menu: Egg Counter (Omelette,Sunny Side Up), Nasi Lemak,Roti Bakar 


BUFFET TENGAH HARI
Masa: 11.30 pagi – 2.30 petang (setiap hari kecuali Jumaat)
Harga: RM 40+(dewasa)
Menu: Masakan Melayu seperti Telur Itik Masak Lemak, Ayam Kalio, Asam Pedas Ikan Tenggiri,Ayam Masak Lemak Cili Api

A’LA CARTE
Masa: 2.30 petang – 6.30 petang (setiap hari)
Menu: Beef Short Rib, Lamb Bone “Gear Box”, Fried Kway Teow With Lamb

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Bermacam jenis makanan untuk buffet sarapan, tengahari dan malam 

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Pelbagai jenis minuman yang dihidangakan

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Kuey Teow Goreng Kambing yang menjadi pilihan pengunjung

Persembahan Tarian Tradisional 

Bagi mereka yang datang ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa untuk menikmati buffet makan malam, mereka juga akan menyediakan persembahan tarian tradisional daripada penari profesional milik Restoran D'Saji KL Titiwangsa.

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Persembahan interaktif bersama pengunjung

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Bersama Pegawai Operasi Restoran D'Saji KL Titiwangsa dan penari persemabahan

Persembahan ini akan bermula lebih kurang jam 8.00 malam setiap hari selama lebih kurang 30 minit persembahan. Memang korang akan dihidangkan dengan kepelbagaian jenis tarian yang ada di Malaysia ini. 

Pakej Majlis Di Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Selain memberikan perkhidmatan sajian makanan, di Restoran D'Saji KL Titiwangsa mereka juga menyediakan beberapa pajek untuk mengadakan majlis di restoran ini.

PAKEJ PERTUNANGAN
Harga: RM 5500 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

PAKEJ AKAD NIKAH
Harga: RM 6000 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

Fasiliti: Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas 

PAKEJ PERKAHWINAN
Harga: Bermula dari RM30/seorang
Tempahan: minimum 500 orang

Fasiliti: Bilik Persalinan, Surau Berhawa Dingin,Unit RELA Kawalan Lalu Lintas 

PAKEJ AQIQAH
Harga: RM 5000 untuk 50 orang
Tempahan: minimum 50 orang

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Refflesia Ballroom

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
 Cadangan susuan buffet didalam dewan

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Susun atur bagi majlis pernikahan di Restoran D'Saji KL Titiwangsa

Pendek kata memang mudahlah dekat restoran ini. Lengkap dari segi ruangannya, makanannya dan juga kelengkapan kemudahan lain disini. 

Bagi mereka yang teringin untuk mengadakan sedikit kelainan didalam majlis perkahwinanan mereka, Restoran D'Saji KL Titiwangsa turut menyediakan perkhidmatan helikopter dan juga kereta kuda. 


RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Perkhidmatan helikopter

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA
Perkhidmatan kereta kuda

Haaaa serba lengkapkan di Restoran D'Saji KL Titiwangsa ni?

Bagi mereka yang teringin nak datang kesini samada untuk makan atau mengadakan majlis korang boleh terus kesini.

Restoran D'Saji KL Titiwangsa 
Landmark:(Belakang Istana Budaya)

Facebook:

Website:

RESTORAN D'SAJI KL TITIWANGSA

Terima kasih kepada pihak Restoran D'Saji KL Titiwangsa kerana menerima kami dan juga memberi kerjasama sepanjang berada disini. 


Kredit gambar: www.dikbee.com & www.blogger2u.com

You Might Also Like

1 komen

  1. blh dah tu start booking abam... booking awal dewan pelamin tu dpt murah sikit ekekeke...

    ReplyDelete