SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK

Thursday, January 14, 2016


SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK | Patik kalau berkunjung ketempat orang, selain daripada melihat tempat-tempat menarik, patik akan mencari lokasi makanan yang menjadi pilihan masyarakt tempatan. 

Tempoh hari semasa berkunjung ke Ipoh, Perak, patik dan 2 rakan Projek Travel sempat bertanyakan rakan-rakan instagram berkenaan lokasi makan lepak-lepak yang best since kami pun sampai dekat Ipoh masih lagi waktu pagi.


Memang banyak yang berkongsi lokasi makan-makan santai yang best di Ipoh dan salah seorangnya adalah Eemirsyhafiq yang mengajak kami bersarapan pagi di Restoran New Holly Wood ini. 

Kami pun terus menggunakan khidmat waze untuk mencari lokasi "New Holly Wood Restaurant" dan akhirnya kami sampai.


Bila patik sampai jee dihadapan restoran ini, hati patik mula bertanya. Betul ke restoran ni yang dimaksudkan? Tengok pada papan tanda memang dh tertera Restoran New Holly Wood, tapi kenapa penjualnya adalah mereka yang berbangsa cina. Melihat pengunjung yang datang, memang ramai yang datang tu beragama islam sebab melihat mereka yang bertudung segala. 

Patik pun melangkah masuk dan akhirnya kawan yang kami berhubung tu memang ada didalam restoran tersebut.

Baru laaa patik tahu yang restoran ini adalah sebuah kopitiam cina yang menyediakan makanan halal secara turun temurun. Restoran ini boleh dikira sebagai legend bagi masyarakat sekeliling kerana sebuah kopitiam cina menyediakan makanan halal untuk orang ramai. 

Untuk pengetahuan semua, memang banyak makanan yang disaji disini. Konsep yang mereka amalkan adalah konsep gerai kecil didalam sebuah kedai dimana setiap gerai kecil menyediakan makanan yang berlainan. Ada yang menjual Kuey Teaw Goreng, Mee Wantan Udang, Roti Bakar Telur Goyang, pelbagai jenis cakoi, Chee Chong Fun dan bermacam makanan lagi. Minuman yang menjadi pilihan kami adalah kopi ipoh yang sangat popular di Ipoh. 

  Cakoi Manis

Roti Bakar Telor Goyang

Sebenarnya kami telah pun bersarapan pagi semasa dalam perjalanan. Makanan yang kmai cuba yang seba sedikit ini sebagai orang kata mencuba makanan unik yang orang ramai selalu cuba. 

Bagi mereka yang ingin datang dan menikmati makanan halal di restoran ini, korang boleh kealamat berikut:

RESTORAN NEW HOLLY WOOD
38, Jalan Lee Kwee Foh,
Canning Garden,
31400 Ipoh, Perak.

Waktu beroperasi:
SETIAP HARI - 7.00 pagi sehingga 4.00 petang. (TUTUP pada hari Isnin)


Patik dah melantak kat kedai ni dah. Korang bile lagi??

You Might Also Like

1 komen