TAHUN KEDUA MENILAI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN


TAHUN KEDUA MENILAI LAPORAN PRESTASI TAHUNAN | Alhamdulillah, masuk tahun kedua patik diberi peluang untuk menilai prestasi bagi rakan sekerja patik sepanjang tahun 2015. Bagi patik, setiap tahun, patik pasti semua orang akan menjadi dewasa dan ilmu seseorang itu pasti akan bertambah. 

Untuk tahun 2015 seramai 2 orang rakan sekerja yang banyak membantu patik menjalankan rutin harian kami sebagai pegawai makmal akan patik nilai. 

Untuk tahun ini, ini adalah tahun pertama sistem online diwujudkan bagi pegawai sokongan menggantikan sistem manual yang dalam bentuk buku laporan. 

Setiap daripada mereka akan membuat penilaian pada diri mereka sendiri dahulu sebelum mereka akan dinilai oleh pegawai yang menilai. 


Mereka berdua ni laa yang ada bersama patik membantu patik didalam melancarkan proses pengajaran dimakmal dan juga pengurusan jabatan kami. Tanpa mereka memang patik tidak mampu melakukan segalanya sendiri. 

Segala pahit jerih kami pegawai makmal, kami yang menanggung sendiri. Masalah demi masalah yang mampu dihadapi, kami akan cuba selesaikan untuk keselesaan kita bersama. 


Sebenarnya patik pun bukan insan yang sempurna untuk menilai manusia lain. Tapi patik berharap laporan yang patik sediakan ni sedikit sebanyak memberi mereka sesuatu yang boleh memberikan kebanggan diatas usaha mereka selama setahun berkhidmat sekaligus untuk masa hadapan mereka. 

Lepas ni giliran patik pula akan dinilai oleh bos patik haaa. Lumrah alam siapa yang diatas akan menilai mereka yang dibawah mereka. Itu norma kehidupan. 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen