BETUL KE TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA KINI DIMILIKI OLEH FELDA DISAJI?

Thursday, March 10, 2016

Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Taman Warisan Pertanian Putrajaya
BETUL KE TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA KINI DIMILIKI OLEH FELDA DISAJI? | Bila sebut Taman Warisan Pertanian Putrajaya patik pasti korang akan membayangkan tempat yang agak gah struktur bangunannya tetapi sedikit sunyi dengan aktiviti kan? 

Hanya mereka yang sering ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan mengetahui dekat sini terdapat ruangan makan-makan yang seronok untuk dijunjungi. Patik pun kalau datang kesini pasti akan pekena Roti John Ayam dan juga Coconut Shake mereka yang memang sedap dan santai. Itulah kelebihan yang terdapat di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Pendaftaran pihak media
Pendaftaran pihak media
Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger dan team Projek Travel telah dijemput untuk datang ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai memperkenalkan cawangan terbaru yang ke-12 Felda D'Saji dimana bangunan di Taman Warisan Pertanian ini kini dikendalikan oleh Felda D'Saji.

Para jemputan yang hadir pada majlis Felda D'Saji
Para jemputan yang hadir pada majlis Felda D'Saji
Cawangan terbaru yang ke-12 ini bukan sahaja lokasi melakukan majlis, khabarnya disini mereka akan menjadikan lokasi one stop centre dimana keperluan yang menjurus kepada majlis disediakan disini termasuklah perkhidmatan andaman dan juga perkhidmatan lain.

PAKEJ PERKAHWINAN FELDA D'SAJI TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Pakej yang ditawarkan oleh pihak Felda D'Saji
Pakej yang ditawarkan oleh pihak Felda D'Saji
Felda D'Saji Taman Warisan Pertanian Putrajaya kini sedia menerima tempahan apa jua majlis. Mereka yang tinggal dilokasi berhampiran Putrajaya yang ingin merasai pengalaman dan merasai kenikmatan makanan dan khidmat daripada pihak Felda D'Saji boleh terus ke pejabat mereka yang berada di Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini.

Upacara gimik pelancaran Pakej Perkahwinan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Upacara gimik pelancaran Pakej Perkahwinan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Kemudahan asas di Taman Warisan Pertanian Putrajaya seperti tandas, surau dan juga deretan gerai untuk bersantai serta ruangan meletak kenderaan yang banyak dapat menjadikan Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini  pilihan orang ramai.

Hidangan daripada pihak Felda D'Saji
Hidangan daripada pihak Felda D'Saji 
Bila sebut bab makanan daripada pihak Felda D'Saji, patik sedikit pon tidak pernah menyangkal kesedapannya. Boleh dikatakan apa yang dihidangkan kepada tetamu adalah yang terbaik.

Korang yang sudah membuat tempahan dengan pihak Felda D'Saji pasti tidak akan kecewa dengan rasa makanan mereka.

BAZAR WARISAN DI TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA

Bazar Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Bazar Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Sekiranya kena dengan masa, Bazar Warisan yang berlangsung di tapak letak kereta Taman Warisan Pertanian Putrajaya setiap bulan menyediakan ruang jualan produk tempatan dan juga buah-buahan untuk pengunjung.

Bazar Warisan dirasmikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail
Bazar Warisan dirasmikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail
Majlis perasmian Bazar Warisan ini telah dirasmikan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya iaitu YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail.

Untuk pengetahuan korang, Bazar Warisan merupakan program bulanan yang akan diadakan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Program yang akan berlangsung setiap bulan ini menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran pertanian, persembahan musikal dan kebudayaan serta aktiviti untuk kanak-kanak. 

Disamping itu, pelbagai jenis jualan produk IKS, kraf serta anak pokok buah, herba, tanah kompos dan sebagainya, demontrasi mengacau dodol, mengacau bubur lambuk, mencanting batik dan anyaman ketupat serta persembahan angklung dan cepuling turut diadakan untuk tatapan pengunjung.

Pelan Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Pelan Taman Warisan Pertanian Putrajaya
Bagi mereka yang tidak pernah sampai ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini, disini mereka mempunyai kawasan yang patik gelarkan sebagai dusun yang terletak bersebelahan dengan bangunan di Taman Warisan Pertanian ini korang beriadah atau pun menggunakan perkhidmatan buggy untuk jalan didalam dusun Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini.

Tiket masuk:
Dewasa: RM2.00
Kanak-Kanak / Pelajar Sekolah: Percuma

Perkhidmatan Buggy:
Dewasa: RM4.00
Kanak-kanak Pelajar Sekolah: RM3.00

Sewaan sebuah buggy (6 tempat duduk): RM20.00
Sewaan sebuah buggy (8 tempat duduk): RM25.00

Taman Warisan Pertanian Putrajaya ini adalah milik penuh Perbadanan Putrajaya dan bekerjasama dengan pihak Felda D'Saji bagi menaikkan nama lokasi Taman Warisan Pertanian Putrajaya menjadi lokasi apa jua majlis dikalangan warga Putrajaya dan sekeliling. 

Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang majlis disini, korang boleh menghubungi :

Telefon:
03 - 2698 8302 / 013 - 386 0453 / 019 - 295 6232

atau




Jutaan terima kasih kepada pihak Felda D'Saji atas jemputan ke majlis perkenalan lokasi terbaru yang ke-12 di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

You Might Also Like

1 komen