JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

Tuesday, March 01, 2016

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA | Radio online yang dimiliki penuh oleh Dato' AC Mizal iaitu Peaceyall.FM akan membuat jelajah karnival besar-besaran sebagai tujuan memperkenalkan dan meraikan peminat-peminat stesen radio tersebut di seluruh Malaysia dan Dataran Ayer Keroh, Melaka menjadi lokasi pertama mereka yang akan bermula 2 - 3 April 2016.

Karnival Peaceyall ini akan memperlihatkan kelainan berbanding karnival lain yang mana ia berkonsep rekreasi santai dan riadah khususnya untuk seisi keluarga berkumpul dan bergembira bersama-sama.

Dengarnya lebih daripada 150 usahawan-usahawan yang juga akan terdiri dari artis dan selebriti akan bersama-sama memeriahkan karnival ini dengan jualan produk terkini dengan harga yang sangat berpatutan. Haaa gile tak meriah kan?

Untuk pengetahuan semua, jelajah ini melibatkan kerjasama bersama OMGFest Ventures. Pelbagai aktiviti menarik telah dirancangkan seperti ujibakat mencari VJ Peaceyall.FM, permainan kanak-kanak, persembahan menarik dari VJ dan selebriti dan semestinya dari Dato AC Mizal sendiri.

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

Yang bestnya, karnival 2 hari ini adalah pertama di Malaysia yang akan dipancar dan dipertontonkan secara langsung atau “live streaming” ke seluruh dunia melalui applikasi Peaceyall.FM

KOMIK SKOOLASTIK AIR TANGAN KARTUNIS UBI 

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

KOMIK SKOOLASTIK AIR TANGAN KARTUNIS UBI | Bagi korang yang begitu sinonim dengan majalah Ujang sudah pasti mengenali kartunis Ubi yang popular dengan "budaj Hostel", "Aku, Dia & Wolkswagen" dan kembali menyengat dengan buah tangan terbaru diberi nama "Skoolastik".

Dengan buah tangan terbaru yang sedikit berbeza daripada Ubi ini dapatlah menaikkan kenangan kita bersama kartunis Ubi ini.

“Skoolastik” yang menceritakan kisah 3 rakan karib iaitu Khairy, Pian dan Aina yang menjalani kehidupan sebagai pelajar sekolah yang penuh dengan kisah menarik, lucu, penuh dengan nasihat dan tauladan serta pelbagai cabaran yang mereka terpaksa lalui yang akan membuat anda semua tidak kering gusing menghayati komik “Skoolastik” ini. 

Komik 100 muka surat ini mengambil masa lebih 8 tahun ini untuk dihasilkan dengan penuh teliti agar ia dapat menepati citarasa pembaca dahulu dan sekarang. Hebat bukan masa yang diambil untuk menghasilkan komik ini. 

Komik ini sudah boleh didapatkan disemua kedai buku seluruh Malaysia ataupun dengan melayari www.kedai.kartunisuni.com dengan harga RM19.90 sahaja. Tahniah Kartunis Ubi !

CARA BARU BERINTERAKSI DENGAN DATO AC DENGAN APLIKASI "DAC PEACEYALL"

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

CARA BARU BERINTERAKSI DENGAN DATO AC DENGAN APLIKASI "DAC PEACEYALL" | Dato AC Mizal kembali dengan idea baru untuk berinteraksi bersama beliau. Aplikasi yang diberi nama "DAC PEACEYALL" adalah sebuah aplikasi permainan yang diilhamkan oleh beliau untuk semua peminatnya. 

Aplikasi yang berkonsepkan trendy dan catchy ini sangat bersesuaian dengan imej Dato AC yang memang begitu segar dengan imej yang menarik pandangan. 

Disamping itu, dengan aplikasi permainan ini, korang juga berpeluang mengetahui aktiviti Dato AC disamping menerima pesanan istimewa beliau dari masa ke semasa. Haaaa seronok kan?

Dengan aplikasi permainan ini juga, korang boleh mengetahui sambil membeli produk wangian keluaran Dato AC Mizal yang tengah hangat di pasaran sekarang. Jadi anda tidak perlu risau atau rasa was-was untuk mendapatkan produk beliau ini. 

Pelbagai hadiah menarik dan kejutan bakal anda alami dengan aplikasi permainan ini. Jika anda sudah penat bermain aplikasi permainan “DAC Peaceyall” ini, dengan platfom ini juga membolehkan anda mendengar terus ke stesen Peaceyall.FM yang memberi hiburan terkini. 

JELAJAH KARNIVAL PEACEYALL.FM BERMULA DI MELAKA

“DAC Peaceyall” ini boleh dimuat turun dengan percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store bermula hari ini. Jom muat turun sekarang !!!

You Might Also Like

0 komen