PROMOSI BEAUTIFUL TERENGGANU DI ANGSANA JOHOR BHARU MERIAH

Terengganu

PROMOSI BEAUTIFUL TERENGGANU DI ANGSANA JOHOR BHARU MERIAH | Kerajaan Negeri Terengganu melalui agensinya Tourism Terengganu telah mengadakan promosi "Beautiful Terengganu" berlokasi di Angsana Johor Bharu Mall bermula 23 Mac 2016 sehingga 27 Mac 2016.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai rangka promsi Negeri Terengganu terhadap Tahun Melawat Terengganu 2017 tahun hadapan. Haaa betapa hebat promosi yang pihak Tourism Terengganu lakukan yee. 


Beautiful Terengganu

"BEAUTIFUL TERENGGANU kali ini menampilkan 4 seksyen utama yang boleh dilawati. Pertama: Consumer Show, Kedua: Trade Show, Ketiga: Terengganu Kitchen, dan yang Keempat: Travel Mart. Melalui 4 seksyen ini, pengunjung bakal melihat gambaran serta persepsi sebenar mengenai keindahan Negeri Terengganu, negerinya cantik, budayanya menarik, orangnya baik-baik. Bahkan kehadiran pengunjung akan disambut mesra, dihiasi dan diwarnai dengan aktiviti-aktiviti yang tersedia untuk semua. Jika dulu kita tampilkan PESONA TERENGGANU, hari ini kita tampilkan BEAUTIFUL TERENGGANU. Jika dulu 100,000 pengunjung, hari ini kita sasarkan lebih dari itu. Jika dulu Terengganu menyepi, hari ini Terengganu bangkit disegani." YAB. Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

Program yang berlangsung selama 5 hari bermula pada 23 Mac 2016 telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Haji Ahamd Razif Abdul Rahman telah menyaksikan lebih dari 100,000 orang yang hadir sepanjang 5 hari berlangung.

Agaknya kenapa Angsana Johor Bharu Mall menjadi lokasi pilihan? Untuk pengetahuan korang, Angsana Johor Bharu Mall menjadi lokasi pilihan kerana tempat ini menjadi tempat riadah dan juga tempat warga Johor Bharu dan juga negeri yang berhampiran termasuklah dari Singapura datang untuk membeli belah. Jadi peluang seperti direbut oleh pihak Tourism Terengganu

Selain menggalakan perlancong dari dalam Malaysia diharap promosi ini dapatlah menarik minat pelancong dari negara jiran seperti Singapura untuk datang dan melihat keindahan Negeri Terengganu

Jadual Beautiful Terengganu

Jadual Beautiful Terengganu

Sepanjang 5 hari berlangsung, pelbagai acara yang disusun oleh pihak penganjur sebagai menunjukkan apa yang ada di Negeri Terengganu termasuklah makanan, kebudayaan dan juga kraftangan yang ada di Negeri Terengganu



Secara peribadi, patik dah sampai di Negeri Terengganu adalah dalam 2 atau 3 kali dan patik memang rasa sangat suka dengan negeri ini. Ini belum lagi dengan keindahan pulau-pulau yang terdapat disini seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan pulau-pulau lain. Memang terbaik edisi perlancongan yang ada disini.

Jadi bersedialah untuk semua kaki melancong untuk datang sendiri ke Negeri Terengganu tahun hadapan 2017 dan rasai sendiri kisah perlancongan disana.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen