BERMAIN DENGAN IKAN DI SUNGAI CHILING


BERMAIN DENGAN IKAN DI SUNGAI CHILING | Sungai Chiling yang terletak di kawasan Kuala Kubu Baru, Rawang ini merupakan sebuah lokasi untuk orang ramai melakukan aktiviti yang dekat dengan alam sekitar. 

Ramai orang kata Sungai Chiling memiliki air terjun yang agak cantik dan juga merupakan tempat untuk bermain dengan ikan sungai. Untuk mendapat kepastian, patik dan 3 rakan lain bergerak ke sungai yang diperkatakan. 

Perjalanan patik dari Shah Alam ke Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru ini memakan masa lebih kurang 1 jam dengan memandu. 

Kawasan letak kereta
Kawasan letak kereta
Setibanya patik di kawasan Sungai Chiling ini, orang ramai sudah mula memenuhi kawasan letak kereta. Jangan risau kerana tempat meletak kenderaan memang banyak untuk keselesaan pengunjung. 

Santuari Ikan Sungai Chiling
Santuari Ikan Sungai Chiling
Untuk pengetahuan semua, Santuari Ikan Sungai Chiling ini dibuka setiap Jumaat, Sabut & Ahad SAHAJA bermula jam 8.00 pagi sehingga 6 petang. Sungai Chiling ini digezetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan semua pengunjung adalah dilarang untuk memacing atau menangkap ikan yang ada disungai ini. 

Kaunter tiket dan pertanyaan
Kaunter tiket dan pertanyaan
Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah sebanyak RM 1.00 sekepala. Bayaran ini dikenakan adalah bertujuan untuk tujuan pembersihan dan naik taraf sekiranya ada. 

Kawasan tapak perkhemahan
Kawasan tapak perkhemahan
Bagi mereka yang suka berkhemah, tapak untuk berkhemah juga turut disediakan. Bayaran juga dikenakan untuk sewaan tapak khemah adalah sebanyak RM5.00 dan juga RM100.00 deposit. Pastikan khemah korang dah bawak, jadi bolehlah berkhemah beramai-ramai. 

Panel solar sebagai pembekal tenaga elektrik
Panel solar sebagai pembekal tenaga elektrik
Kemudahan ruangan solat dan tandas untuk pengunjung
Kemudahan ruangan solat dan tandas untuk pengunjung
Kemudahan asas juga turut disediakan untuk keselesaan orang awam yang datang. Yang uniknya tepat ini adalah mereka menggunakan panel solar sebagai penjana elektrik. Jadi penjimatan bekalan elektrik boleh dikawal. 

Perjalanan dengan hanya berjalan kaki
Perjalanan dengan hanya berjalan kaki
Untuk sampai ke air terjun, korang perlu berjalan kaki dan kena mengharungi 7 lintasan anak sungai sebelum sampai kesana. 

Laluan untuk ke air terjun Sungai Chiling
Laluan untuk ke air terjun Sungai Chiling
Laluan yang disediakan memudahkan pengunjung untuk sampai ke air terjun yang dikatakan. Patik cadangkan korang datang secara berkumpulan kerana ade anak sungai yang memerlukan korang bekerjasama untuk melintasi anak sungai tersebut.

Selepas mengharungi perjalanan lebih kurang sejam lebih, akhirnya kami semua sampai dilokasi air terjun Sungai Chiling yang orang selalu katakan. 

Air terjun Sungai Chiling
Air terjun Sungai Chiling
Air terjun Sungai Chiling
Air terjun Sungai Chiling
Kejernihan air Sungai Chiling
Kejernihan air Sungai Chiling
Yang bestnya adalah air suungai disini masih boleh patik kategorikan sebagai terbaik sebab kejernihan air tersebut memang cantik. Seronok wehhhh.

Sambil kite mandi manda, ada kawasan yang memang ikan-ikan sungai akan berkumpul. Khabarnya ikan ini adalah ikan kelah sungai yang memang dipelihara ekosistemnya. Bila tengok sekumpulan ikan-ikan ini, geram pula patik rasa. Rasa nak ambil sauk dan menyauk bawa balik. Hehehe.

Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Bermain dengan ikan di Sungai Chiling
Nahhhh. seronok bukan? 3 4 jam yang digunakan di Sungai Chiling ini bagaikan sekejap jeee. Bila dah penat mandi-manda dan bermain dengan ikan, masa untuk makan pula. 

Korang dibenarkan untuk membawa bekalan sendiri tetapi korang kena bertanggungjawab dengan sampah sarap yang korang bawa masuk tu. 

Bekalan makanan yang dibawa ke Sungai Chiling
Bekalan makanan yang dibawa ke Sungai Chiling
Nasi lemak, kuih muih menjadi bekalan kali dikala lapar. Masa lepas basah kuyup tu laaa semua ni memang sedappp untuk dimakan. 


Demikianlah masa luang yang patik kongsikan bersama pembaca blog patik ini. Korang boleh rasa sendiri pengalaman mandi manda dan bermain dengan ikan di Sungai Chiling ini. 

SUNGAI CHILING
Kuala Kubu Baru
Rawang, Selangor

Waktu operasi:
Jumaat, Sabtu & Ahad SAHAJA

Masa operasi:
8.00 pagi - 6.00 petang

Bayaran:
RM 1.00 sekepala
RM 5.00 tapak khemah (RM100.00 - deposit)

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 komen

  1. woi bila ko p. kami p sini jumaat lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akceli dah lama entri ni kepam simpan.. Now baru sempat post. Kawan aku yg dh solo dlu now dh kawen dh pon..

      Delete