HALANGAN YANG ADA DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN

Team building di Hotel Klana Resort Seremban


HALANGAN YANG ADA DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN  | Jarang kita ketahui tempat-tempat yang menyediakan program team building yang sangat selesa. Maksud patik dengan istilah selesa ini adalah tempat yang memenuhi kriteria untuk mengadakan progam dan sekaligus ianya diadakan didalam kawasan hotel. 

Untuk pengetahuan korang semua, Hotel Klana Resort Seremban menyediakan aktiviti team building untuk sesiapa saja yang ingin mengadakan program disini.

Untuk kali ini patik dan krew Projek Travel telah dijemput untuk sama-sama merasai pengalaman melakukan team building disini.

Penerangan keselamatan sebelum melakukan aktiviti
Penerangan keselamatan sebelum melakukan aktiviti
Sebelum kami melakukan aktiviti team building ni, kami telah diberi penerangan ringkas oleh Encik Adnan berkenaan penggunaan alatan keselamatan sepanjang melakukan aktiviti ini.

Peralatan keselamatan yang digunakan oleh peserta
Peralatan keselamatan yang digunakan oleh peserta
Bagi patik aktiviti permulaan ini seperti repelling dan juga flying fox ini agak berbahaya, jadi peralatan ini akan digunakan oleh setiap peserta sebagai bagi memastikan keselamatan setiap orang.

Aktiviti repelling
Aktiviti repelling
Selain aktiviti repelling dan juga flying fox, terdapat aktiviti lain seperti aktiviti halangan bergayut dimana semua halangan ini hanya dilakukan dari pokok ke pokok.

Penerangan sebelum melakukan aktiviti halangan
Penerangan sebelum melakukan aktiviti halangan
Halangan yang disedikan untuk peserta hadapi
Halangan yang disedikan untuk peserta hadapi 
Keadaan halangan lain yang perlu dilalui
Keadaan halangan lain yang perlu dilalui
Ini adalah halangan yang perlu dilalui oleh semua peserta team building dimana konsep kerjasama sangat-sangat dituntut bagi menghabiskan semua halangan ini.

Jom kita saksikan rakan-rakan Projek Travel melakukan aktiviti. Patik dimana? Patik menjadi salah seorang videography sepanjang aktiviti disini.

Halangan bertali di Hotel Klana Resort Seremban

Halangan bertali di Hotel Klana Resort Seremban

Halangan bertali di Hotel Klana Resort Seremban

Hotel Klana Resort Seremban

Kerja berpasukan diperlukan untuk melepasi halangan ini
Kerja berpasukan diperlukan untuk melepasi halangan ini
Halangan bertali
Halangan bertali
Naahhh.. itu adalah aktivit yang akan korang lalui sekiranya korang membuat tempahan bagi aktiviti team build di Hotel Klana Resort Seremban.

Dipenghujung program team building, korang akan merasai pengalaman untuk berakit didalam kolam renang di Hotel Klana Resort Seremban. Untuk pengetahuan korang semua, kolam renang disini adalah kolam renang yang terbesar di Seremban. Kolam renang yang berkonsepkan taman tema, sesuai untuk keluarga yang ingin meluangkan masa bersama anak-anak.

Aktivit berakit didalam kolam renang terbesar di Seremban
Aktivit berakit didalam kolam renang terbesar di Seremban. 
Secara keseluruhan Hotel Klana Resort Seremban bukan sahaja sebuah hotel untuk beristirehat, tetapi hotel yang boleh patik kategorikan sebagai hotel lengkap untuk menginap dan juga untuk mengadakan aktiviti team building.

Bersama orang kuat Hotel Klana Resort Seremban
Bersama orang kuat Hotel Klana Resort Seremban
Bagi mereka yang ingin mengadakan sebarang aktivit berbentuk team buiding, patik cadangkan korang mencuba aktiviti ini di Hotel Klana Resort Seremban ini. 

KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus

Telefon: 
(606) 766 7888

Website:

Email:
info@klana-resort.com.my
reservations@klana-resort.com.my


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen