MARA IN FASHION 2016 MEDAN PEREKA FESYEN MALAYSIA

Tuesday, May 17, 2016

MARA IN FASHION 2016 MEDAN PEREKA FESYEN MALAYSIA

MARA IN FASHION 2016 MEDAN PEREKA FESYEN MALAYSIA | Seperti yang sedia maklum MARA adalah sebuah agensi dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah dimana meraka dipertanggungjawabkan untuk memberi bantuan kepada kemajuan ekonomi bumiputra di Malaysia.


Tempoh hari patik telah dijemput untuk melihat sendiri beberapa koleksi daripada beberapa label yang berdaftar dengan MARA. Kesemua pereka fesyen ini bumiputera Malsysia yang dibantu oleh MARA untuk maju didalam perniagaan berasaskan fabrik.


Koleksi yang diperagakan oleh model ini adalah rekaan yang pelbagai bermula dengan jubah dan tudung,kemudian beralih kepada pakaian untuk formal ke pejabat dan juga yang terakhir adalah berkonsep kasual.


Secara keseluruhan MARA in Fashion 2016 adalah sebuah medan bagi pereka fesyen di Malaysiameluahkan karya mereka dan akhirnya dapat diterjemahkan dengan patform yang pihak MARA sediakan. 

Semoga platform yang MARA sediakan ini memberi peluang kepada peniaga bumiputera diluar sana untuk meluaskan perniagaan mereka dengan lebih berjaya. 

MARA in Fashion 2016
MARA in Fashion 2016
Terima kasih kepada pihak MARA in Fashion 2016 kerana kesudian menjemput patik melihat sendiri koleksi daripada anak bumiutera kita. Sehingga bertemu lagi di MARA in Fashion 2017 tahun hadapan. 


You Might Also Like

0 komen