PENGALAMAN BERADA DI STADIUM LARKIN JOHOR BHARU

PENGALAMAN BERADA DI STADIUM LARKIN JOHOR BHARU

PENGALAMAN BERADA DI STADIUM LARKIN JOHOR BHARU | Bagi mereka yang kaki bola sepak, patik yakin korang mesti selalu datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak meyokong pasukan korang kan?

Sepanjang hidup patik,ini adalah pertama kali patik melangkah masuk kedalam stadium dan menyakiskan perlawan bola sepak secara langsung dan Stadium Larkin Johor Bharu atau nama lainnya adalah Stadium Tan Sri Dato Hasan Yunos, Larkin Johor Bharu menjadi lokasi keramat patik. 

Tempoh hari patik telah sama-sama dengan blogger lain diberi peluang untuk menyaksikan perlawanan diantara Johor Darul Takzim dan juga Pulau Pinang. Memang sangat teruja bila kami deligasi dari Kuala Lumpur datang dan diberi peluang untuk merasai pengalaman berada di stadium yang boleh patik kelaskan sebagi terbaik di Malaysia. 

Southern Tigers
Southern Tigers 
Apa yang patik dapat tahu, stadium ini telah dinaik taraf sejak Tengku Mahkota Johor mengambil alih sebagai orang kuat didalam pengurusan pasukan Johor Darul Takzim

KEADAAN STADIUM LARKIN, JOHOR BHARU

Seperti biasa, bila dah dapat pass media, boleh laa patik meronda disekitar padang untuk melihat keadaan padang ini. Jom kita jalan-jalan melihat keadaan Stadium Larkin, Johor Bharu ini. 
Ruang tempat duduk yang sangat selesa dan bersih
Ruang tempat duduk yang sangat selesa dan bersih
Keadaan ruang rehat pemain untuk tuan rumah dan juga pihak lawan
Keadaan ruang rehat pemain untuk tuan rumah dan juga pihak lawan
Keadaan padang Stadium Larkin Johr Bharu yang sangat cantik
Keadaan padang Stadium Larkin Johr Bharu yang sangat cantik

Merasa juga berada atas padang JDT
Merasa juga berada atas padang JDT
Keadaan sebenar padang Stadium Larkin, Johor Bharu
Keadaan sebenar padang Stadium Larkin, Johor Bharu
Memang teruja bila mana ini adalah pengalaman pertama patik untuk melangkah masuk kedalam stadium sepert ini. Stadium Shah Alam pun belum pernah patik masuk. 

PERLAWANAN BOLA SEPAK JOHOR DARUL TAKZIM MELAWAN PULAU PINANG

Seperti biasa sebelum perlawanan, sesi bergambar akan diabadikan terlebih dahulu. Sekarang barulah patik tahu bagaimana rasanya bila berada di stadium.

Sesi bergambar 2 pasukan Johor Darul Takzim dan pasukan Pulau Pinang
Sesi bergambar 2 pasukan Johor Darul Takzim dan pasukan Pulau Pinang
Sesi bergambar bersama insan istimewa yang turut hadir
Sesi bergambar bersama insan istimewa yang turut hadir
Tengku Mahkota Johor orang kuat JDT
Tengku Mahkota Johor orang kuat JDT
Seperti biasa Tengku Mahkota Johor hadir untuk menyaksikan pemain-pemain yang akan beraksi malam ini. 

Sebelum perlawanan, pasukan sorak telah bersedia untuk persembahan pembakar stadium sebelum perlawanan bermula. Wowww memang seronok rupanya menonton secara langsung dekat stadium. 

Persembahan bendera besar dari tuan rumah JDT
Persembahan bendera besar dari tuan rumah JDT
Selesai persembahan pembukaan, jom kita saksikan perlawan diantara Johor Darul Takzim dan juga Pulau Pinang






Sambil perlawanan sedang berlangsung, patik sempat menjeling kearah ruangan rehat Tengku Mahkota Johor. Kelihatan baginda tidak senang duduk untuk memastikan kejayaan adalah uberiohak pada pasukan JDT.


Perlawanan bermula agak sengit sehingga masuk ke masa tambahan dan akhirnya pasukan Johor Darul Takzim berjaya meloloskan gawang pasukan Pulau Pinang dan kemenangan milik Johor Darul Takzim dengan 1 - 0. 



Patik diruangan media sangat teruja walaupun patik bukanlah peminat bola sepak tegar, tetapi semangat yang penonton berikan sedikit sebanyak menaikkan rasa seronok semangat pada diri patik.


Fiuhhh akhirnya sampai juga niat patik untuk pusing-pusing didalam sebuah stadiumyang gak yang diantara terbaik di Malaysia. Terima kasih atas peluang yang diberikan. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen