PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN

Wednesday, May 04, 2016


PENGALAMAN MENGINAP DI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN | Sebenarnya patik selalu mendengar nama Hotel Klana Resort Seremban daripada rakan sekerja yang selalu membuat kursus disini. Akhrinya patik diberi peluang untuk merasai pengalmaan untuk menginap disini bersama rakan Projek Travel.


Untuk pengetahuan semua, Hotel Klana Resort Seremban adalah hotel yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi urusan kewangan diantara agensi kerajaan mudah dilalukan disini.

RUANG LOBI HOTEL KLANA RESORT SEREMBAN

Melangkah masuk diruangan lobi Hotel Klana Resort Seremban ini memberi suatu pengalaman baru dan juga keselesaan dimana korang akan nampak sekeliling yang sangat semulajadi.
   
Lobi yang berdinding kaca memberi kepuasan pengunjung melihat keadaan luar hotel
Lobi yang berdinding kaca memberi kepuasan pengunjung melihat keadaan luar hotel
Dinding kaca disekeliling ruangan lobi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat kolam mandi yang sangat besar di Seremban.

Cafe kecil untuk keselesaan pengunjung
Cafe kecil untuk keselesaan pengunjung
Bagi pengunjung yang sedang menunggu masa untuk check-in, ruangan santai dan cafe ini boleh dijadikan ruang santai menunggu. Sambil-sambil tunggu, bolehlah korang membasahkan tekak sambil berborak kosong. 

Kaunter untuk sebarang urusan
Kaunter untuk sebarang urusan
Yang seronok bila korang berurusan dikaunter adalah korang akan dilayan dengan staf yang sangat nesra dan memakai pakaian tradisi minangkabau. Sangat unik. Staf perempuan akan memakai aksesori dikepala dan yang lelaki akan menggunakan pakaian orang kampung siap dengan ikat kepala. Memang beridentiti sungguh mereka. 

Konsep minangkabau turut diselitkan didalam dekorasi hotel
Konsep minangkabau turut diselitkan didalam dekorasi hotel
Dekorasi minangkabau yang diterapkan didalam Hotel Klana Resort Seremban memberi kesan tradisi sedikit sebanyak kepada hotel ini. Identiti kepada Negeri Sembilan Darul Khusus

Congkak yang paling besar dipamerkan
Congkak yang paling besar dipamerkan
Congkak yang sangat besar turut dipamaerkan dan pengunjung boleh menggunakan congkak tersebut untuk bermain. Sebenarnya patik pun sudah lama tidak bermain congkak. Jadi, inilah masa untuk mengasah bakat menyongkak. 

KOLAM RENANG TERBESAR DI SEREMBAN

Kolam renang yang berkonsepkan taman tema
Kolam renang yang berkonsepkan taman tema
Kolam renang yang paling besar di Seremban ini berkonsepkan taman tema memang sesuai kepada pengunjung yang berkeluarga. Patik yakin anak-anak mesti gembira dengan kemudahan seperti ini. Bukan sahaja anak-anak, yang dewasa boleh turut serta dengan keseronokan ini. 

Air pancut didalam kolam renang Hotel Klana Resort Seremban
Air pancut didalam kolam renang Hotel Klana Resort Seremban
Pemandangan kolam daripada bilik Hotel Klana Resort Seremban
Pemandangan kolam daripada bilik Hotel Klana Resort Seremban
Kegembiraan anak-anak bermain kolam renang
Kegembiraan anak-anak bermain kolam renang
Haaa macam mana korang rasa dengan kemudahan di hotel ini? Bagi patik, patik sangat-sangat berpuas hati dengan kemudian di Hotel Klana Resort Seremban. Sesuai untuk semua. 

BILIK MESYUARAT YANG SANGAT KONDUSIF

Susun atur didalam bilik mesyuarat
Bagi pengunjung yang mememerlukan khidmat ruang mesyuarat, Hotel Klana Resort Seremban juga menyediakan ruang mesyuarat yang berkapasiti yang boleh diberitahu.

Susunan meja mesyuarat di Hotel Klana Resort Seremban
Susunan meja mesyuarat di Hotel Klana Resort Seremban
Memang lengkap segala kemudahan disini dengan ruang mesyuarat, dewan aktiviti dan sebagainya. Memang berbaloi untuk melakukan aktiviti didalam satu hotel.

BILIK PENGINAPAN UNTUK PENGUNJUNG

Bagi mereka yang datang menginap di Hotel Klana Resort Seremban ini, korang boleh memilih 4 jenis bilik yang disediakan seperti Superior Room, Garden Wing Room, Executive ROom dand Preseidential Suite.

SUPERIOR ROOM
Dekorasi di bilik Superior Room Hotel Klana Resort Seremban
Dekorasi di bilik Superior Room Hotel Klana Resort Seremban
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban

EXECUTIVE ROOM
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban
Ruang kamar di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban 
Bilik mandi yang sangat selesa di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban
Bilik mandi yang sangat selesa di bilik Executive Room Hotel Klana Resort Seremban

PRESIDENTIAL SUITE
Ruang makan di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Ruang makan di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban 
Dekorasi di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban yang mewah
Dekorasi di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban yang mewah
Ruang santai di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Ruang santai di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Ruang tamu di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Ruang tamu di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Keadaan bilik air yang sangat eksklusif di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban
Keadaan bilik air yang sangat eksklusif di bilik Presidential Suite Hotel Klana Resort Seremban

GARDEN WING ROOM
Keadaan bilik Garden Wing Room, Hotel Klana Resort Seremban
Keadaan bilik Garden Wing Room, Hotel Klana Resort Seremban
Dekorasi yang menarik untuk bilik di Hotel Klana Resort Seremban
Dekorasi yang menarik untuk bilik di Hotel Klana Resort Seremban
Hotel Klana Resort Seremban
Hotel Klana Resort Seremban
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di Hotel Klana Resort Seremban ini, korang boleh mendapatkan segala informasi dan juga maklumat dimaklumat berikut:

KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : (606) 766 7888
Fax : (606) 766 7999

Email:
info@klana-resort.com.my
reservations@klana-resort.com.my

Bersama wakil daripada Hotel Klana Resort Seremban
Bersama wakil daripada Hotel Klana Resort Seremban
Apa pun patik dan rakan Projek Travel ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan sepanjang berada di Hotel Klana Resort Seremban ini. Semoga kerjasama ini akan kekal selepas ini.

You Might Also Like

0 komen