PRODUK KECANTIKAN MERVE COSMETIC MILIK JOY REVFA ILHAM DARIPADA ALAM FANTASI

Tuesday, May 03, 2016


PRODUK KECANTIKAN MERVE COSMETIC MILIK JOY REVFA ILHAM DARIPADA ALAM FANTASI | Orang kata kalau nak berfantasi tu memang tak salah. Berfantasilah dengan erti kata lain adalah membayangkan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan tapi tidak mustahil kita akan mencapai impian tersebut.

Sesi penerangan daripada CEO dn juga pemilik MERVE cosmetic
Sesi penerangan daripada CEO dn juga pemilik MERVE cosmetic
Bila sebut alam fantasi ni haaa, seorang yang begitu obses dengan alam fantasi adalah pengasas kepada produk kecantikan MERVE cosmetic, Joy Revfa sehinggakan produk beliau dibungkus berimaginasikan alam fantasi. 

Antara blogger yang hadir dimajlis tersebut
Antara blogger yang hadir dimajlis tersebut
Tempoh hari patik dan beberapa blogger lain telah bertemu muka dengan pengusaha hebat yang pernah menjadi viral di facebook berkenaan tema produk beliau yang berkonsep ala-ala kayangan.

Kenapa patik berkata demikian? Kejap lagi patik akan terangkan. Sebenarnya patik mendengar kisah produk ini menjadi viral kerana beberapa perkara.

PRODUK KECANTIKAN BERINSPIRASIKAN ALAM FANTASI 

Produk kecantikan MERVE berinspirasikan alam fantasi
Produk kecantikan MERVE berinspirasikan alam fantasi
Seperti yang dikhabarkan, produk kecantikan MERVE cosmetic ini adalah yang pertama di Malaysia yang berkonsepkan alam fantasi. Dengan kotak bungkusan yang sangat comel dan sangat-sangat kena dengan konsep yang diingini menjadikan produk ini satu-satunya berkonsepkan sedemikian. 

Korang jangan tersilap yeee. Produk ini adalah hasil daripada anak Malaysia yang telah diberikan sijil selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga sijil HALAL daripada JAKIM. Hebat bukan produk anak Malaysia setanding dengan peroduk antarabangsa. 

FOTOSHOOT BERKONSEP ALAM FANTASI 

Pemilik MERVE cosmetic dengan gambar yang pernah menjadi viral
Pemilik MERVE cosmetic dengan gambar yang pernah menjadi viral
Kalau korang yang pernah terampak viral ini, ini adalah iklan yang memang pemilik kepada produk kecantikan MERVE cosmetic ini mahukan. Berkonsepakan alam fantasi dan memang sangat menjadi dengan props yang digunakan termasuklah pakaian dan juga kuda unicorn yang begitu sinonim dengan alam fantasi

KEHADIRAN BLOGGER HEBAT MALAYSIA

Patik di majlis perknalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Patik di majlis perknalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Seperti duta kecil MERVE cosmetic
Seperti duta kecil MERVE cosmetic
Bersama pemilik jenama MERVE cosmetic
Bersama pemilik jenama MERVE cosmetic
Jemputan khas kami rakan blogger adalah daripada pihak MERVE cosmetic berlangsung di Restoran Full House SIgnature Sunway Piramid. Sebagai rakan hebahan media sosial, patik rasa bertuah dengan jemputan ini. Terima kasih MERVE cosmetic atas jemputan.

SIAPAKAH JOY REVFA?

Majlis perkenalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Majlis perkenalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Joy Revfa adalah pemilik jenama MERVE Cosmetic ini mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015 dan mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan alam fantasi. 

Beliau membangunkan syarikat ini bersama rakan perniagaan yang berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen dan menjadikan syarikat MERVE cosmetic seperti yang dilihat hari ini. 

Berusia 29 tahun dan bergelar 'Single Mom" yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus. Beliau rupanya mempunyai campuran darah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Sebelum ini beliau adalah salah seorang makeup artist di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. 

Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama beliau di dunia makeup artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak anugerah. 

Joy Refva yang sentiasa mesra
Joy Refva yang sentiasa mesra
Mungkin ramai yang mengenali Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam iaitu akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibunda beliau sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas. 

Beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan.

Ibu beliau sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, beliau terasa tersangatlah bertuah dan lebih berkat lagi dengan restu beliau.

Pada bulan July 2015 di PWTC, beliau telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE. Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yg diterima sgt banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Beliau amat berpuas hati apabila produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan !!

Apa yang mencuri hati pengguna adalah kerana Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah).

Hebat bukan sedikit kisah kejayaan Joy Refva ini. Mungkin kisah beliau ini boleh menjadi sumber inspirasi orang ramai diluar sana tidak kira lelaki mahupun wanita, dalam berniaga. 

Perkenalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Perkenalan produk kecantikan MERVE cosmetic
Sesi perkenalan bersama blogger ini diharap dapatlah membantu membawa jenama produk kecantikan MERVE cosmetic ini ke tempat yang lebih tinggi, 

Bagi korang yang inginkan informasi lebih berkenaan MERVE consmetic ini, korang boleh dapatkan seperti berikut:

Instagram pengasas MERVE : @joyrevfa
Link official page MERVE Cosmetic Malaysia: https://facebook.com/mervecosmetic/

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )

Alamat:
B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Telefon: 
+6011-23650600
‪+6012-3738787‬

Instagram : @mervecosmetic_hq
Email : mervemalaysia@gmail.com

Rakan blogger yang hadir di majlsi perkenalan MERVE cosmetic
Rakan blogger yang hadir di majlsi perkenalan MERVE cosmetic
Terima kasih kepada pihak Joy Refva selaku pemilik produk kecantikan MERVE cosmetic diatas jemputan bagi sesi pengenalan koleksi peroduk mereka. 


You Might Also Like

0 komen