SAYANGI MAKANAN DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN DEMI KEMPEN LOVE FOOD HATE WASTE

Monday, May 16, 2016


SAYANGI MAKANAN DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN DEMI KEMPEN LOVE FOOD HATE WASTE | Bila sebut makanan, patik pasti korang mesti suka dengan kepelbagaian jenis makanan yang ada di Malaysia. Begitu juga dengan patik.

Tapi sejauh mana korang habiskan makanan tersebut? Adakah korang berjaya habiskan sehingga ketitis yang terakhir?


Tahukah anda? Sebanyak lebih kurang 33,000 tan sisa domestik yang dibuang oleh rakyat Malaysia dan dianggarkan setiap seorang telah membuang sebanyak 0.5 kg. dan daripada 33,000 tan tersebut sebanyak 15,000 tan adalah berat bagi sisa makana.Wowww banyak bukan. 

LOVE FOOD HATE WASTE


Apa itu LOVE FOOD HATE WASTE? LOVE FOOD HATE WASTE itu adalah sebuah kempen yang bertujuan untuk mengurangkan lebihan makanan dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan harian kita kearah makanan.

Untuk makluman korang semua, kempen LOVE FOOD HATE WASTE ini berasal daripada United Kingdom bermulapada tahun 2007. Di Malaysia, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) telah mengadakn inisiatif untuk mengadakan kempen yang sama iaitu #LoveFoodHateWaste bersama bebrapa blogger yang telah mereka pilih untuk melakukan aktiviti ini. 


Kempen yang dipanggil Alam Flora KL Blogger Hunt ini akan berlangsung pada 18 Mei 2016 (Rabu) disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai langkah kecil untuk menyebarkan maklumat apa itu LOVE FOOD HATE WASTE

Disepanjang program yang berlangsung, beberpa informasi yang akan kami semua kongsikan adalah:

KATAKAN TIDAK KEPADA STYROFOME


Styrofoam atau lebih dikenali sebagai bekas bungkus putih ini selalu digunakanoleh peniaga sebagai bekas untuk membungkus makanan. Mungkin harganya agak murah dan menguntungkan kepada para peniaga, tetapi TAHUKAH ANDA? Bekas styrofoam ini adalah bukan bahan yang bolhe dikitar semula atau bahan tidak mereput. 

Jadi sekiranya kita membuangnya, ianya tidak akan mereput didalam tanah malah tidak boleh dikitar semula untuk menjadikan bahan baru tetapi akan memberi keburukan kepada alam sekitar. 


Apa kata kita gunakan bekas makanan yang lebih cantik dan juga mudah untuk kita gunakan dimasa hadapan. 

KESEDARAN PERANCANGAN DAN PENYUSUNAN MAKANAN 


Disini juga kamijuga akan berkongsi kepada orang ramai cara untuk merancang dan cara penyimpaan bahan makanan diruangan simpanan makanan.

Orang kata dengan perancangan yang baik, pembaziran juga dapat kita kurangkan dan sejkaligus lebihan makanan tidak akan dibuang begitu sahaja.

SENARAI SEMAK BAHAN YANG INGIN DIBELI


Membuat senarai semak sebelum keluar membeli bahan makanan adalah salah satu langkah yang baik untuk dilakukan. Ini boleh menjadikan anda seorang uyang tidak berlebih-lebih didalam pembelian. Menjadi disiplin membeli apa yang telah ditulis didalam senarai ini sahaja. 

KITAR SEMULA


Mengamalkan konsep 3R iaitu REUSE, REDUCE dan juga RECYLCE boleh menjimatkan kita. Kalau kita bijak, semua benda mungkin boleh menjadi 'duit' kembali. 


Patik tengok ramai orang yang bijak menggunakan konsep 3R ini dan menjana kewangan lebih daripada konsep 3R ini. Sambil kita berjimat , sambil kita memeliha alam. 

Jadi sekali lagi patik ingin menyeru korang semua untuk menyokong patik dan juga blogger lain didalam kempen #LoveFoodHateWaste ini pada 18 Mei 2016.

#lovefoodhatewaste
#alamflorasdnbhd
#klbloggershunt2016

Lihat pada hashtag ini dan korang boleh kongsikan, komen atau LIKE sebarang perkongsian yang patik akan kongsikan.

INFORMASI BERKENAAN ALAM FLORA SDN BHD



• Founded in 1995 and a subsidiary of DRB-Hicom, Alam Flora operates as an environmental management company in Malaysia.

• It provides waste collection services, including domestic/household, garden, bulky waste and recyclables.

• Other services such as cleaning public places, grass cutting, clearing of dumps, food waste composting, landscaping services and many more.

You Might Also Like

5 komen

  1. Bagus kempen ini baginmemberi kesedaran kepada masyrakat

    ReplyDelete
  2. usaha yang sangat bagus dr Alam Flora

    ReplyDelete
  3. lets support the great campaign!

    ReplyDelete
  4. nak follow boleh
    Smile to Love Food
    Kill to Hate Waste

    ReplyDelete
  5. moga kempen ini memberi manfaat kepada semua

    ReplyDelete