TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI HOTEL PREMIERA MENARA MARA KUALA LUMPUR

TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI HOTEL PREMIERA MENARA MARA KUALA LUMPUR

TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI HOTEL PREMIERA MENARA MARA KUALA LUMPUR | Tempoh hari patik telah menerima jemputan ke sebuah majlis yang berlokasi di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur.

Pertama kali menjejakkan kaki kesana membuatkan patik hilang arah sebab tak tahu bagaimana keadaan lokasi tempat letak kereta nya.

Bila masuk di kawasan tempat letak keretanya, patik bagaikan tak percaya yang Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur ini mempuntai tempat letak kereta bertingkat.

Patik ingatkan, hanya di Terengganu sahaja ada kemudahan tempat letak kereta bertingkat, tetapi di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur juga ada kemudahan seperti ini. 

Tempat letak kereta di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur
Tempat letak kereta di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur
Tempat letak kereta bertingkat ini mempunyai ruang-ruang seperti ini dan ianya akan menjadi bertingkat apabila pelanggan lain datang dan menekan butang pada dinding dan kemudian kereta anda akan naik keatas. 

Arahan dan butang disediakan untuk kemudahan orang ramai
Arahan dan butang disediakan untuk kemudahan orang ramai
Butang yang disediakan adalah untuk menaikkan kenderaan ke atas dan menjadikan ianya bertingkat. Segala arahan penggunaan boleh dijelaskan pada arahan bertulis pada dinding tersebut. 

Keadaan tempat letak kereta bertingkat Menara MARA Kuala Lumpur
Kredit : azreeariffin,blogspot.com
Bagi patik, tempat letak kereta bertingkat di Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur seperti ini akan menyelesaikan masalah tempat letak kereta yang sangat terdesak yang selalu berlaku di pusat membeli belah di Malaysia. 

Lokasi: Hotel Premiera Menara MARA Kuala Lumpur


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 komen

  1. wow... baru tahu... kagum...

    ReplyDelete
  2. Fuyooo.. canggih macam kat jepun

    ReplyDelete
  3. Wow kagum sekejap. dekat negeri kite pun ade parking bertingkat nie.

    ReplyDelete