BUFFET BERBUKA PUASA DI KLANA RESORT SEREMBAN

BUFFET BERBUKA PUASA DI  KLANA RESORT SEREMBAN

BUFFET BERBUKA PUASA DI KLANA RESORT SEREMBAN  | Bersempena bulan ramadhan yang bakal tiba ini, patik ingin berkongsi lokasi berbuka puasa yang mingkin boleh korang jadikan sebagai lokasi untuk berbuka puasa  bersama kelaurga mahupun sahabt handai. 

Klana Resort Seremban menyediakan menu untuk berbuka puasa berkonsepkan menu Melayu Negeri Sembilan yang kaya dengan pelbagai jenis masak lemak.

Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu berbuka puasa
Chef yang bertanggungjawab menyediakan menu berbuka puasa
Kambing panggang yang diimport dari Australia
Kambing panggang yang diimport dari Australia
Kambing golek bersama sos black paper kurma
Kambing golek bersama sos black paper kurma
Selain menu masak lemak yang begitu sinonim dengan Negeri Sembilan, Klana Resort Seremban juga menyediakan menu signature lain mereka iaitu kambing panggang yang diimport daripada Australia. Istimewanya kambing di Klana Resort Seremban ini adalah pada sos black paper mereka yang ditambah dengan kemanisan kurma. Haaa rasa manis pedas tu memang dapat korang rasa.

Pelbagai jenis masak lemak Negeri Sembilan
Seperti yang patik ceritakan pada peringkat awal, Negeri Sembilan begitu sinonim dengan masak lemak. Jadi kali ini Klana Resort Seremban mengenengahkan konsep plebagai jenis masak lemak. Antaranya masak lemak udang, masak lemak telur itik, masak lemak betik muda, masak lemak rebung beserta perut dan pebagai jenis menu tambahan lain. 

Pelbagai jenis masak lemak yang dihidangkan
Pelbagai jenis masak lemak yang dihidangkan
Ini adalah antara juadah pilihan patik iaitu masak lemak betik muda, masak lemak rebung bersama perut, masak lemak telur itik, masak lemak udang galah dan juga rendang ayam Negeri Sembilan. Memang nikmat bila menikmati masakan asli masak lemak Negeri Sembilan.

Bila sebut sahaja buffet, patik pasti akan melihat apa yang disediakan oleh pihak restoran mahupun hotel. Jadi ini adalah antara menu pencuci mulut yang dihidangkan di Klana Resort Seremban.

Buah-buahan sebagai pencuci mulut
Buah-buahan sebagai pencuci mulut
Pelbagai jenis pastri dan juga kek
Pelbagai jenis pastri dan juga kek
Apam balik yang dikatakan menjadi pilihan orang ramai
Apam balik yang dikatakan menjadi pilihan orang ramai
Mee goreng yang dimasak secara langsung
Mee goreng yang dimasak secara langsung
Yang seronoknya, mereka juga menghidangkan menu yang dimasak secara langsung antaranya gerai apam balik dan juga mee goreng. Patik paling suka dengan apam balik kecil mereka yang befitu rangut. Memang berulang-ulang patik makan.

Bagi mereka yang biasa dengan  Klana Resort Seremban, aktivit pengagihan bubur lambuk akan diberikan 3 hari sebelum bulan puasa bermula. Jadi korang semua boleh bersedia untuk mengambil bubur yang diberikan secara PERCUMA sebanyak lebih kurang 4000hingga 5000 bungkus akan diagihkan sehari kerana bubur lambuk mereka menjadi pilihan masyarakat sekeliling resort.

Bagi korang yang ingin merasai pengalaman menikmati juadah berbuka puasa, ini adalah informasi yang patik boleh kongsikan.

KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Telefon:
06 7667888 ext 3181 or 3005

Fax:
06 7667999

Email:
info@klanaresort.com.my

Website:

Facebook:

Instagram:

Tags:

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. Assalamualaikum.
    kat hotel makanan mmg sedap.tgk gambar pun dh menyelerakan.kalau dh rasa,tahap kenyang tue mgkn macam nak terkoyak perut.nasib baik perut elastik.haha.

    ReplyDelete