KUIH KERIA ANTARABANGSA KLEBANG MEMANG BERHANTU

Friday, June 17, 2016

KUIH KERIA ANTARABANGSA KLEBANG MEMANG BERHANTU

KUIH KERIA ANTARABANGSA KLEBANG MEMANG BERHANTU | Siapa sangka hanya kuih melayu biasa, kuih keria telah diangkat sebagai juadah hebat di Melaka. 

Kuih Keria Antarabangsa milik Puan Hajjah Rahmah
Kuih Keria Antarabangsa milik Puan Hajjah Rahmah
Kuih Keria Antarabangsa adalah sebuah gerai biasa tepi jalan pada mata kasar patik yang berlokasi di Klebang, Melaka merupakan sebuah gerai kuih keria yang sangat poplar tidak jauh daripada lokasi Coconut Shake Klebang yang sangat popular di Melaka.

Gerai Kuih Keria Aantarabangsa yang dicari oleh pengunjung
Gerai Kuih Keria Aantarabangsa yang dicari oleh pengunjung
Bagi sesetengah orang, kuih ini sudah popular. Tapi bagi patik yang baru pertama kali merasai menikmati kuih ini memang boleh dikatakan ianya berhantu. Memang sedap. Gula yang meliputi kuih dan keempukan kuih keria ini menjadikannya kuih yang hebat. 

Kuih Keria Antarabangsa
Kuih Keria Antarabangsa
Tempoh hari patik sempat melihat di Majalah 3 berkenaan kesedapan Kuih Keria Antarabnagsa ini. Rata-rata yang datang dari jauh hanya ingin menikmati kesedapankuih ini. Hebat bukan? Mujur patik dah pernah cuba. Kalau tak memang makin kecur air liur ok !!

Gerai Kuih Keria Antarabangsa dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Gerai Kuih Keria Antarabangsa dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat
Dibuka setiap hari pada jam 2.00 petang KECUALI HARI JUMAAT akan menyaksikan ramai orang yang datang tanpa henti demi merasai penangan gerai Kuih Keria Antarabangsa ini. 

Bagi korang yang ingin cuba rasai keenakan kuih ini, korang boleh ke Klebang,Melaka dan boleh singgah di gerai Kuih Keria Antarabangsa yang tidak jauh dengan Coconut Shake Klebang, Melaka. Selamat mencari !!

You Might Also Like

1 komen