PANTAU PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP ANAK-ANAK KITA

PANTAU PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP ANAK-ANAK KITA

PANTAU PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP ANAK-ANAK KITA | Rumah patik ni jenis yang ramai anak buah akan datang untuk bersantai-santai. Bila sudah ramaiyang datang tu, benda yang pertama diorang minta selepas salam cuium dahi segala adalah WiFi

"Jie Pak.. cepat laaa on WiFi, nak tengok latiub (YouTube)..."


Begitulah bila anak-anak yang seusia 3 tahun sudah pandai meminta kepada patik untuk menghidupkan suis internet. 

Kepentingan internet bagi patik sangatlah perlu dizama ini kerana kesemua kegiatan kita akan bergantung kepada internet. Bak kata orang semuanya boleh dicapai hanya dihujung jari. Nak cari resepi, nak cari gambar-gambar, nak dapatkan informasi semuanya memerlukan internet. 

Begitu juga dengan anak-anak kita hari ini yang rata-rata sudah mengenali erti 'internet' didalam usia muda mereka. Justeru , penggunaan internet untuk mereka haruslah dipantau dengan sewajarnya supaya mereka tidak terdidik dengan laman-laman web yang mungkin mempunyai berbaur lucah atau gambar-gambar yang boleh mengundang kearah kerosakan fikiran anak-anak kita.

SALAM BROWSER PENYELAMAT KEADAAN 

Sebagai langkah awal untuk anak-anak buah patik, patik cuba mencari jalan penyelesaian yang mudah untuk menghalang laman-laman web yang kurang enak dipandang mata daripada dilihat atau dimasuki oleh anak-anak buah patik ni haaa.

Patik cuba melakukan carian didalam internet dan patik terjumpa perisian yang boleh membantu menyekat laman web yang kurang enak ini iaitu SALAM BROWSER.

PANTAU PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP ANAK-ANAK KITA

SALAM BROWSER merupakan perisian yang perlu dimuat turun oleh pengguna dan kemudian komputer anda akan selamat daripada memasuki laman web lucah, penipuan web, scam dan sebagainya.

Bagus juga ye dengan adanya SALAM BROWSER sedikit sebanyak membantu patik dan juga ibu bapa diluar sana untuk dalam proses memantau pengguanaan internet diperingkat anak-anak kita masa kini.

Bagi mereka yang inginkan informasi lanjut, korang boleh layari lawan web ini: www.salambrowser.com

PANTAU PENGGUNAAN INTERNET TERHADAP ANAK-ANAK KITA

Haaa nampak tak, rupanya SALAM BROWSER ini adalah yang pertama didunia yang menepati syariah. Jadi bolehlah jadikan ia sebagai langkah permulaan untuk kita sama-sama membenteras gejala yang tidak sihat bukan sahaja untuk anak-anak malahan untuk remaja dan dewasa kini.

p/s: mohon untuk korang baca dan hayati segala keteragan dilaman SALAM BROWSER sebelum memuat turun.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen