PENGALAMAN MEMANDU VOLKSWAGEN PASSAT 1.8 TSI

PENGALAMAN MEMANDU VOLKSWAGEN PASSAT 1.8 TSI

PENGALAMAN MEMANDU VOLKSWAGEN PASSAT 1.8 TSI | Bagai mengantuk disorongkan bantal boleh patik katakan bila pihak Volkswagen Malaysia, sebuah syarikat automotif hebat sudi bekerjasama dengan blog patik, DUNIA PATIK untuk sesi perkongsian pemanduan bersama Volkswagen Passat 1.8 TSI

Bagaikan rezeki terpijak bila sebuah jenama kenderaan terkenal dunia sudi memberikan kenderaan mereka Volkswagen Passat 1.8 TSI untuk patik gunakan didalam kegiatan seharian.

RUANG DALAMAN VOLKSWAGEN PASSAT 1.8 TSI YANG KEMAS DAN MODEN

Bila menjengah kedalam kenderaan ini, patik dapati ruang dalamannya memang kemas, moden dan kelihatan ekslusif dan kelihatan mewah. Tiba-tiba patik rasakan keterujaan untuk memandu kenderaan ini.

Stereng yang diperkemas dengan kekunci automatik
Stereng yang diperkemas dengan kekunci automatik
Yang best selalunya kenderaan biasa menggunakan kunci biasa, tetapi kenderaan Volkswagen Passat 1.8 TSI ini datang dengan kunci pintar. Patik hanya perlu mencucuk kekunci pintar pada ruang yang tersedia dan kenderaan akan dihidupkan. 

Pemanduan yang menggunakan sistem automatik
Pemanduan yang menggunakan sistem automatik
Unik bagi patik adalah pada brek tangan kereta ini yang hanya menggunakan jari untuk melepaskan cengkaman tayar. Memang sangat selesa. 

Ruangan hadapan Volkswagen Passat
Ruangan hadapan Volkswagen Passat
Selain faktor keluasan kaki yang sangat selesa, patik begitu teruja dengan kerusi yang mudah dilaras secara automatik. Ini akan memberikan pemanduan yang sangat selesa kepada patik sebagai pemandu dan rakan sebelah patik yang menemani sepanjang pemanduan patik. 

Ruangan belakang Volkswagen Passat
Ruangan belakang Volkswagen Passat
Berbalik kepada dekorasi dalaman yang kemas, eksklusif dan selesa, patik sangat suka dengan panel-panel yang terdapat didalam kenderaan ini. Yang seronoknya, penumpang dibelakang turut disediakan pendingin hawa tersendiri. Jadi tiada istilah berebut alat pendingin hawa dengan penumpang dihadapan. Hehehe.

Bermula pada panel pada radio yang menggunakan konsep skrin sesentuh dan juga panel pada stering kereta yang terdapat didalam kenderaan ini. Kesemuanya telah patik cuba sendiri dan ianya memang memberi efek yang sangat hebat. Memang mudah. 



Patik telah memandu uji kenderaan ini dan dengan keadaan jalan yang lurus dan memang terbukti pemanduan kenderaan ini sangat lembut, tenang dan yang paling penting tiada sebarang bunyi pelik yang dihasilkan.



Ramai yang bertanya patik berkenaan penggunaan minyak yang digunakan. Bagi patik yang sudah berpengalaman menggunakan kenderaan hebat ini, ianya agak menjimatkan dan sangat berbaloi bagi mereka yang gemar dengan perjalanan jauh.


Apa yang boleh patik rumuskan terhadap kenderaan Volkswagen Passat 1.8 TSI ini adalah:

Enjin: 
1.8 liter TSI Caj turbo, empat silinder

Kuasa maksimum: 
159hp @ 5,000 – 6,200rpm

Tork maksimum: 
250Nm @ 1,500 – 4,200rpm

Transmisi: 
7-kelajuan DSG (Direct Shift Gear)

Ciri-ciri keselamatan: 
Tali pinggang pretensioners, sistem ISOFIX bersama enam beg udara, sistem brek anti kunci (ABS), sistem brake assist (BA), sistem penggera anti-kecurian dengan immobilizer elektronik dan lain-lain.


KELUASAN BONET BELAKANG YANG MAKSIMA

Selain spesifikasi yang terbaik bagi patik, patik suka akan keluasan bonet belakang kenderaan ini. Korang boleh tengok betapa luasnya ruangan ini sehingga patik telah mencuba meletakkan pelbagai barang.

Ruang bonet yang luas
Ruang bonet yang luas
Ruang bonet yang luas
Ruang bonet yang luas
Patik rasa kenderaan ini memang sesuai untuk mereka yang berkeluarga malah patik yang berstatus bujang pun sangat selesa dengan jenis kenderaan yang dipanggil Volkswagen Passat ini.

PEMANDUAN HEBAT VOLKSWAGEN PASSAT 1.8 TSI

Patik dan rakan blogger dari Projek Travel telah sama-sama cuba memandu dikawasan sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur sambil menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa.

Ruang dalaman Volkswagen Passat yang serba selesa
Ruang dalaman Volkswagen Passat yang serba selesa
Ruang yang selesa disebelah belakang
Ruang yang selesa disebelah belakang
Mesra pemanduan bagi kaum wanita
Mesra pemanduan bagi kaum wanita
Mereka berpuas hati dengan pemanduan Volkswagen Passat
Mereka berpuas hati dengan pemanduan Volkswagen Passat
Kenderaan Volkswagen Passat memang terbaik
Kenderaan Volkswagen Passat memang terbaik
Boleh dikatakan setiap hari patik akan memandu Volkswagen Passat ini untuk bergerak ke lokasi berbuka puasa sekitar Lembah Klang. Sambil memandu tu, patik berilah peluang kepada rakan yang mana ingin merasai pengalaman memandu kan. Rezeki kita sama-sama kongsi. Ye idok ? Hehehe.
"Volkswagen Passat ini memang laju dan sangat lembut pemanduannya" -Mek Onie-
"Sangat moden dan ekslusif interior kereta ini" -Mawardi Yunus-
"Kereta ni memang terbaik untuk mereka yang berkeluarga" -Dik Bee- 
"Bentuk yang sangat kelas didalam kumpulan Volkswagen" -Khai Artzfar-
Haaaa korang nampak tak, rakan blogger patik pun memang dah jatuh hati dengan kehebatan Volkswagen Passat ini.


Oh yaaa sebelum patik lupa, ni haaa patik nak bagitau korang semua yang Volkswagen Malaysia khabarnya nak beri "duit raya" kepada korang semua. Ni korang boleh baca [DISINI].

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Volkswagen Malaysia serta promosi "duit raya" yang mereka nak berikan, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Website:

Instagram;

Facebook:

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen