PERHENTIAN ISLAND RESORT TERENGGANU LOKASI PERCUTIAN INDAH

PERHENTIAN ISLAND RESORT TERENGGANU LOKASI PERCUTIAN INDAH

PERHENTIAN ISLAND RESORT TERENGGANU LOKASI PERCUTIAN INDAH | Tempoh hari patik dan beberapa rakan lain telah meluangkan masa untuk bercuti disebuah pulau hebat di Terengganu. Pulau Perhentian menjadi lokasi percutian patik dan Perhentian Island Resort telah menjadi lokasi patik untuk menginap.


Umum sedia maklum yang Pulau Perhentian menjanjikan sebuah kisah percutian yang menarik kerana dikatakan antara pulau yang tercantik didunia yang menjadi pilihan oleh orang tidak kira dari luar negara atau pun dari dalam Malaysia untuk datang bersantai. Pulau Perhentian terbahagi kepada 2 jenis pulau, Pulau Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Island Resort terletak di Pulau Perhentian Besar.

Perjalanan patik dan rakan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa 1 jam dengan menaiki kapal terbang. Bagi mereka yang ingin ke Pulau Perhentian, patik cadangkan korang turun di Kota Bharu daripada korang turun di Kuala Terengganu kerana perjalanan dari Kota Bharu - Jeti Kuala Besut memakan masa 45 minit berbanding Kuala Terengganu - Jeti Kuala Besut yang memakan masa hampir 2 jam perjalanan menaiki kenderaan.


Perhentian Island Resort, merupakan resort peribadi yang terletak di Pantai Teluk Pauh. Hanya mereka yang tinggal disini yang boleh menggunakan persisiran pantai mereka yang sangat eksklusif, bersih dan cantik.

Pantai Teluk Pauh di Perhentian Island Resort
Pantai Teluk Pauh di Perhentian Island Resort
Bila patik sampai kesini, rasa bagai nak terpitam tengok kehebatan dan keindahan ciptaan-Nya. Sangat indah dan cantik sekali pemandangan yang diberikan di Perhentian Island Resort.

Bilik jenis Superior Classic
Bilik jenis Superior Classic
Di Perhentian Island Resort ini, patik dan rakan lain telah memilih bilik jenis Superior Classic yang boleh memuatkan seramai 3 orang didalam sebuah bilik. Patik sangat suka konsep mereka yang in dengan jiwa patik iaitu merah & putih dan yang seronoknye resort kami ni memberi khidmat elektrik 24 jam sehari berbanding sesetengah resort yang akan mematikan elektriknya pada waktu siang. Hehehehe.




Secara keseluruhannya, patik sangat berpuas hati dengan bilik yang kami pilih ini. Kiranya cukup sifat la. Bilik cantik, toilet bersih dan yang paling penting elektrik disini adalah 24 jam berfungsi. Haaaa mudahlah bagi kami yang berheret segala jenis gadget ni untuk mengecas bateri.

KEMUDAHAN LAIN DI PERHENTIAN ISLAND RESORT

Selain bilik yang sangat selesa, Perhentian Island Resort juga menyediakan kemudahan lain seperti pantai yang sangat bersih dan cantik untuk pelbagai aktiiviti.

Pantai Teluk Pauh di Perhentian Island Resort yang sangat cantik
Pantai Teluk Pauh di Perhentian Island Resort yang sangat cantik
Yang ni memang patik tidak nafikan kerana setiap hari korang akan nampak staf resort akan melakukan kerja-kerja pembersihan seperti menyapu dan mengutip sampah dikawasan persisiran pantai.

Pemandangan yang indah di Perhentian Island Resort
Pemandangan yang indah di Perhentian Island Resort
Selain itu disini juga terdapat ruang spa untuk muslimah dan juga gazebo terbuka bagi mereka yang ingin berurut kaki. Nampak sempoi disini dengan suasana yang berangin dengan tiupan angin pantai yang nyaman.

Gazebo untuk tujuan urutan kaki
Gazebo untuk tujuan urutan kaki
Sekiranya lapar atau dahaga, disediakan gerai jualan untuk membasahkan tekak sambil menikmati panorama indah pantai di Perhentian Island Resort ini. 

Bangku-bangku kayu untuk pengunjung bersantai
Bangku-bangku kayu untuk pengunjung bersantai
Restoran Pinang Seribu inilah yang menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam untuk kami yang tinggal disini. Tempat yang luas dan selesa untuk seisi keluarga atau rakan-rakan bersantai untuk menikmati hidangan.

Restoran di Perhentian Island Resort
Restoran Pinang Seribu di Perhentian Island Resort
Selain kemudahan yang patik sebut ni, kemudahan seperti kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, kedai runcit juga disediakan disini. Kiranya kemudahan seharian cukup disini.

Bagi mereka yang inginkan suasana yang privacy, patik sangat-sangat cadangkan korang ke Pulau Perhentian Besar dan memilih Perhentian Island Resort sebagai lokasi percutian kalian. Sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu dengan suasana yang sangat romantik.


Untuk pengetahuan korang semua, Perhentian Island Resort menyediakan 2 pakej yang boleh korang pilih sepanjang berada disini.

PERHENTIAN DISCOVERY


Bagi pakej Perhentian Discovery, korang akan ditawarkan segala yang disebutkan dengan harga serendah RM430 sekepala. Pakej termasulah:

> Minuman Selamat Datang
> Penginapan 2 Malam
> 2 kali Sarapan Pagi
> 2 kali Makan Tengah Hari
> 2 kali Makan Malam
> Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
> Tiket Taman Marin

PERHENTIAN SNORKELING

Bagi pakej Perhentian Snorkeling, hanya RM510 untuk sekepala termasuklah:

> Minuman Selamat Datang
> Penginapan 2 Malam
> 2 kali Sarapan Pagi
> 2 kali Makan Tengah Hari
> 2 kali Makan Malam
> 2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
> Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
> Tiket Taman Marin


Patik dan rakan lain berasa begitu bertuah kerana kami diberi keistimewaan dibawa ke Pulau Rawa dimana pulau ini memang dikhaskan kepada mereka yang membuat aktiviti diving.


Tadaaaaa.. nampak tak salah seorang rakan patik melakukan diving untuk mengambil gambar yang cantik untuk dibawa naik kedarat. Memang cantik rupanya kehidupan didalam sana. Alhamdulillah.

Secara keseluruhan percutian patik selama 3 hari 2 malam di Perhentian Island Resort, banyak kenangan yang patik kumpul. Pengalaman mabuk laut memang tidak akan patik lupakan. Hehe.

Bagi mereka yang ingin meneruskan pembacaan untuk kisah Perhentian Island Resort ini, korang boleh dapatkan informasi di www.projektravel.com kerana segala jenis bilik yang ditawarkan ada diceritakan disana.

Akhir kata sebelum patik tamatkan perkongsian patik ini, patik tinggalkan korang dengan visual aktiviti yang kami kumpul sepanjang berada disana. Saksikan video hasil garapan daripada AKU GRAPHY.



Terima kasih kepada Perhentian Island Resort untuk kenangan percutian yang terindah untuk patik dan seluruh rakan patik.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen