SURAU IBRAHIMIAH KAMPUNG BATU MUDA SURAU 5S PERTAMA DI MALAYSIA

SURAU IBRAHIMIAH KAMPUNG BATU MUDA SURAU 5S PERTAMA DI MALAYSIA

SURAU IBRAHIMIAH KAMPUNG BATU MUDA SURAU 5S PERTAMA DI MALAYSIA | Seperti kita sedia maklum amalan 5S selalunya berlaku didalam persekitaran pejabat, tetapi kali ini patik sempat melihat sendiri sebuah surau yang terletak di Kampung Batu Muda Kuala Lumpur menjadi surau pertama yang mengamalkan sistem 5S ditempat mereka. 

Program Imarah Ramadan
Program Imarah Ramadan
Dengan bantuan Alam Flora dibawah program Imarah Ramadan, surau ini telah dinaik taraf menjadi sebuah surau yang mengamalkan sistem 5S.

AKTIVITI GOTONG ROYONG

Aktiviti gotong royong anjuran Alam Flora dan masyarakat Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda Kuala Lumpur telah berlangsung selama seminggu sebelum hari kemuncak dengan program Imarah Ramadan yang berlangsung dengan meriah. 

Penyediaan papan tanda
Penyediaan papan tanda
"Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda ini adalah surau yang pertama yang mengamalkan sistem 5S dan insyaAllah sekiranya berjaya, kita akan teruskan kesurau-surau yang boleh kita terapkan" - Alam Flora
Aktiviti gotong royong yang giat dijalankan
Aktiviti gotong royong yang giat dijalankan
Aktiviti bukan sahaja melibatkan kawasan luar surau, malahan kawasan dalaman surau juga turut dinaiktaraf seperti pemasangan permaidani baru, pemasangan papan tanda yang akan memberi kesederan kepada orang ramai serta sumbangan rehal baru oleh pihak Alam Flora

Antara barang guna semula yang dihasilkan oleh Alam Flora
Antara barang guna semula yang dihasilkan oleh Alam Flora
Aktiviti yang menerapkan nilai 5S dari jepun ini memberi maksud:

Sisih: 
Mengasingkan barang barang yang tidak diperlukan dan membuangnya

Susun: 
Susun barang dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

Sapu: 
Bersihkan persekitaran kita supaya tidak berhabuk dan mudah dikesan

Seragam: 
Memelihara tahap kebersihan dan penyusunan pada setiap masa

Sentiasa Amal: 
Sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik


MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK

Bubur lambuk didalam bekas guna semula
Bubur lambuk didalam bekas guna semula
Bila bulan ramadhan tiba, bubur lambuk akan menjadi juadah tradisi untuk dinikmati bersama. Tidak ketinggalan dengan Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda Kuala Lumpur dengan kerjasama Alam Flora mengadakan aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk.

Bubur lambuk didalam bekas guna semula
Bubur lambuk didalam bekas guna semula
Uniknya kali ini adalah pemberian bubur lambuk ini diberikan dalam bekas yang boleh diguna semula. Seperti kebiasaan bubur lambuk akan diberikan didalam bekas plastik dan ianya akhirnya akan dibuang kedalam tong sampah.

Melalui pendekatan yang Alam Flora lakukan, sedikit sebanyak bekas ini boleh digunasemula untuk mengisi makanan lain. Tidak rugi danianya boleh membantu bumi kita dengan pengurangan sampah.

Pemberian bubur lambuk dan rialah SAS (Saperation at Source)
Pemberian bubur lambuk dan rialah SAS (Saperation at Source)
Pemberian bubur lambuk bersama risalah SAS (Saperation at Source) sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran kepada orang umum untuk membuat pengasingan sampah dirumah.

Risalah SAS (Saperation at Source)
Untuk pengetahuan korang, SWCorp sebuah agensi yang memantau sisa pepejal yang dibuang telah menguatkuasakan dimana sisa pepejal hendaklah diasingkan mengikut kriteria masing-masing. Semuanya diterangankan didalam risalah SAS ini.

SUMBANGAN HARI RAYA DAN SUMBANGAN LAIN

Pemberian sumbangan dari CEO Alam Flora, Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan
Pemberian sumbangan dari CEO Alam Flora, Dato Haji Mohd Zain Haji Hassan
Kemeriahan program Imarah Ramdan ini diserikan lagi dengan pemberian hadiah hari raya daripada pihak Alam Flora kepada beberapa anak yatin dan asnaf yang disampaikan oleh Dato Haji Mohd Zain Hj Hassan , CEO Alam Flora.

Selain sumbangan kepada anak yatin dan asnaf, pihak Surau Ibrahimiah telah menerima sumbangan daripada orang ramai berupa kerusi untuk solat dan beberapa sumbangan lain. Alhamdulillah banyak pihak yang sudi memberikan sumbangan dibulan mulia ini.

TAZKIRAH RINGKAS DARIPADA TUAN SYAMSUL DEBAT

Tuan Syamsul Debat
Tuan Syamsul Debat
Program Imarah Ramadan ini diteruskan dengan tazkirah daripada Tuan Syamsul Debat. Tuan Syamsul Debat ini telah mula diviralkan di laman sosial sejak dua menjak ini, apabila cara beliau memberi tazkirah dengan loghat Negeri Sembilan sangat bersahaja dan orang ramai sangat suka.

Bersama Tuan Syamsul Debat
Bersama Tuan Syamsul Debat
Patik yang hadir memang teringin sangat mendengar tazkirah beliau secara langsung dan memang terbukti beliau berjaya membuatkan orang ramai tidak kering gusi. Sambil menyampaikan dakwah, bahan lawak yang disampikan memang sangat menarik.

Duta Kecil Alam Flora di Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda
Duta Kecil Alam Flora di Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda
Akhir kata, tahniah buat Alam Flora dan seluruh warga kerja yang bertungkus lumus membantu menauk taraf Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda Kuala Lumpur menjadikan ianya sebuah surau yang terbaik, selesa dan sangat mesra pengguna.

Untuk lebih lanjut korang boleh lihat update terkini di media sosial Alam Flora:

Website: 

Facebook: 

Instagram:


Ihsan gambar: http://www.pinkymomma.com

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen