IJM LAND BERHAD ANJUR IJM LAND HALF MARATHON 2016

IJM LAND BERHAD ANJUR IJM LAND HALF MARATHON 2016

IJM LAND BERHAD ANJUR IJM LAND HALF MARATHON 2016 | Untuk tahun kelima, IJM Land Berhad sekali lagi akan mengadakan larian yang dinamakan IJM LAND HALF MARATHON 2016 pada 14 Ogos 2016

Trofi yang akan menjadi rebutan di IJM Land Marathon 2016
Trofi yang akan menjadi rebutan di IJM Land Marathon 2016
Seramai 6000 orang telah mendaftar dan akan terlibat didalam didalam acara ini dan untuk pertama kalinya IJM Land memperkenalkan trofi untuk mereka yang berlari secara pantas bagi kategori lelaki dan wanita dinamakan IJM Land Half Marathon ChallengeTrophy.

Wakil IJM Land, BMW Millennium Welt Seremban dan juga Sworke Malaysia
Wakil IJM Land, BMW Millennium Welt Seremban dan juga Sworke Malaysia 
Pada sidang media tempoh hari, patik telah dijemput untuk sama-sama meraikan majlis pengenalan daripada pihak IJM Land Berhad serta rakan penaja lain untuk IJM LAND HALF MARATHON 2016

Serahan goodies beg daripada wakil BMW Millennium Welt Seremban
Serahan goodies beg daripada wakil BMW Millennium Welt Seremban
Sebagai penaja utama, BMW Millennium Welt Seremban yang diwakili oleh Encik Bryan Wong, CEO telah sudi menaja goodies beg beserta serta sijil dan medal yang direka khas oleh pihak BMW Millenium Welt Seremban

Serahan produk daripada Sworke Malaysia
Serahan produk daripada Sworke Malaysia
Selain itu penaja lain seperti Sworke Malaysia yang diwakili oleh Cik Kasey Kong turut memperkenalkan produk kaca mata yang sesuai untuk mereka yang gemar bersukan. 

Selain dijadikan hadiah buat para pemenang larian, Sworke Malaysia turut sudi menyediakan hadiah untuk sesi cabutan bertuah. 

IJM Land Half Marathon 2016
IJM Land Half Marathon 2016
Untuk IJM Land Half Marathon 2016 larian sejauh 21KM dibuka kepada kategori lelaki dan wanita 18 tahun keatas dan juga untuk kategori junior untuk mereka yang berusia 12 - 17 tahun. Selain kategori 21KM, kategori 20KM juga disediakan yang dinamakan "fun run" terbuka untuk semua lapisan usia dan jantina. 

Selain penaja utama yang patik sebut tadi, penaja lain yang turut serta adalah seperti TDK, 100 Plus, Ice Mountain, Mydin, Matrix, Yakult, Mc Donald's dan Spine & Joint.

Manakan rakan penaja untuk kesihatan adalah SEHAT Medical Wellness Centre, penaja teknikal adalah The Event Crew (TEC) dan penaja pakaian adalah Reverse.

IJM LAND BERHAD ANJUR IJM LAND HALF MARATHON 2016

Terima kasih kepada pihak IJM Land Berhad diatas jemputan kesesi pengenalan ini. Semoga program yang dianjurkan akan berakhir dengan sukses. 

Akhir kata, bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut berkenaan proram IJM LAND HALF MARATHON 2016 ini, korang boleh lawati laman web di www.ijmlandrun.com

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen