MENU SEMURAH RM5 HANYA DI BAM BAM BISTRO MELAKA

Friday, July 15, 2016

MENU SEMURAH RM5 HANYA DI BAM BAM BISTRO MELAKA

MENU SEMURAH RM5 HANYA DI BAM BAM BISTRO MELAKA | Berlokasi dikawasan perumahan disebuah rumah yang agak besar bagi patik, seorang anak muda yang berminat dengan dunia perniagaan makana telah mencetus fenomena apabila menghidangkan kepada pengunjung dengan menu yang semurah RM5.00.

Senarai menu yang sangat murah di Bam Bam Bistro
Senarai menu yang sangat murah di Bam Bam Bistro
Bam Bam Bistro dengan tagline "Bukan Bistro Biasa" menyediakan menu seperti Chicken Chop, Meatball, Nasi Lemak Pandan Ayam, Spagetti, Nasi Vanggey, Lab Chop dengan harga permulaan serendah RM5.00 manakala pelbagai jenis minuman seperti Sparkling, Float, Teh O, Kopi dan pelbagai dengan harga permulaan serendah RM2.50.

Senarai makanan dan minuman di Bam Bam Bistro
Senarai makanan dan minuman di Bam Bam Bistro
Patik dengan gigihnya datang ke Melaka dari Kuala Lumpur bersama rakan blogger daripada Projek Travel semata-mata ingin merasai pengalaman menikmati menu disini.

Bersama rakan blogger di Bam Bam Bistro
Bersama rakan blogger di Bam Bam Bistro
Yang patik respek anak muda yang begitu komited dengan perniagaan "kecil" nya ini telah menjadi rumah beliau sebagai lokasi untuk perniagaan makana beliau. Nampak tak ruang tamu rumah beliau telah menjadi salah satu lokasi untuk tetamu menjamu selera.

Patik pasti dengan sokongan keluarga, perniagaan "kecil" anak muda ini menjadikan ianya sesuatu yang berlainan dengan lokasi makan-makan yang lain.

Antara menu pilihan di Bam Bam Bistro
Antara menu pilihan di Bam Bam Bistro
Ini adalah antara menu yang dihidangkan oleh Bam Bam Bistro. Boleh dikatakan makanan yang dihidangkan dengan portion yang berbaloi dengan harga.

Kalau korang yang pernah datang kesini pasti sudah pernah melihat betapa ramai pengunjung yang datang kesana. Agak meriah !!

Tak sangka akhirnya patik secara peribadi sampai juga ke lokasi Bam Bam Bistro yang dimilik insan yang bergelar rakan yang bijak mengambil peluang didalam bidang perniagaan makanan.

Bersama pemilik Bam Bam Bistro
Bersama pemilik Bam Bam Bistro 
Tahniah Eiz Fyzal untuk cubaan memasuki bidang perniagaan ini. Semoga terus sukses dan dilimpahi rezeki. Terima kasih diatas layanan yang ohsem dari ko & Hizami Li tu haaa. Sambil makan sambil gelak sambil sembang. Pakej konsepnya. Hahahaha.

Ehhh pada korang yang ingin cuba menikmati menu seperti yang patik ceritakan tadi, korang boleh datang ke Bam Bam Bistro ini sendiri yang tidak jauh dari A'Famosa Water Park. 

Bam Bam Bistro
Lot 16231, Gabana Villa, 
Jalan Mahsuri Utama, 
Pulau Sebang, 78000  Alor Gajah
Melaka

Facebook:

Instgram:


You Might Also Like

1 komen