BAZAR JUALAN ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016

Thursday, August 11, 2016

BAZAR JUALAN ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016

BAZAR JUALAN OLEH ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016 | Tempoh hari patik adea berkongsi berkenaan sambutan Hari NBOS 2016 yang akan berlangsung pada 14-20 Ogos 2016 bertempat di Putrajaya International Convention Centre, PICC

Untuk kali ini, patik ingin menyambung kisah kemeriahan yang bakal korang semua rasai semasa sambutan Hari NBOS 2016

ROOPAWAN.COM ANJUR BAZAR JUALAN


ROOPAWAN.COM ANJUR BAZAR JUALAN
Website roopawan.com
Roopawan.com merupakan sebuah jenama yang menguruskan pembelian diatas talian dimana dibawah www.roopawan.com, Terdapat beberapa jenama yang telah mengesahkan penyertaan mereka didalam portal tersebut termasuklah label patik sendiri By Fauzi Aryaan

Vendor yang akan turut serta didalam bazar jualan Hari NBOS 2016
Vendor yang akan turut serta didalam bazar jualan Hari NBOS 2016
Fokus mereka adalah sebagai platform menjual produk muslim dan muslimah termasuklah aksesori untuk keperluan orang ramai. Jadi jom kita ke laman web roopawan.com untuk membeli belah secara atas talian.

PERSEMBAHAN HEBAT ARTIS MALAYSIA


Artis popular yang akan mengadakan eprsembahan di Hari NBOS 2016
Artis popular yang akan mengadakan persembahan di Hari NBOS 2016
Selain pameran daripada agensi kerajaan dan juga bazar jualan, terdapat juga persembahan hebat dari artis Malaysia seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nurdiana, Sakura Band, Sandra, Dafi, Alif Satar, Shila Abdul dan ramai lagi.

Sekiranya korang ingin melihat persembahan artis ini, jom ke Hari NBOS 2016 pada 14-20 Ogos 2016

KEMERIAHAN HARI NBOS 2016


Kemeriahan Hari NBOS 2015
Kemeriahan Hari NBOS 2015
Seperti tahun lalu, kemeriahan Hari NBOS 2016 akan terus meriah dengan beberapa aktiviti seperti perasmian Hari NBOS 2016 oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa) sekaligus merasmikan laman web www.roopawan.com.

Selain itu para pemohon yang telah memohon Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) akan diadakan pada 14 Ogos 2016 (Ahad) serta hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung yang hadir ke Hari NBOS 2016 nanti. 

Menarik sempena Hari NBOS 2016 nanti adalah lelongan amal oleh artis popular dimana mereka akan membuka bidaan lelongan barangan peribadi mereka untuk orang ramai miliki dan wang daripada lelongan itu akan di dermakan kepada mereka yang memerlukan.

BAZAR OLEH ROOPAWAN.COM MERIAHKAN HARI NBOS 2016
Hari NBOS 2016
Jadi apa tunggu lagi, luangkan masa anda untuk datang ke PICC pada 14-20 Ogos 2016 dan sertai patik dan rakan blogger lain kerana patik akan tampil dengan label patik iaitu By Fauzi Aryaan manakala Projek Travel akan tampil dengan produk-produk mereka.


You Might Also Like

0 komen