BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK

Monday, August 22, 2016


BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK | Kalau dahulu zaman kanak-kanak, patik memang sangat jarang membawa bekal kesekolah. Takut dilabel sebagai anak manja dan sebagainya menjadikan patik segan untuk bawa bekalan makan. 

Tapi kalau bekal makanan member, patik adalah orang yang selalu mengendeng kawan patik untuk menjamah sedikit bekalan yang dibawa. Tak tahu kenape perasaan malu tu ade. Padahal bekal makan orang ko belasah makan. 

Bila dah bekerjaya ni, patik rasa perlunya bekas makanan yang memudahkan patik dan kalau boleh tidak perlu untuk patik keluar mencari makanan.

Kebiasaannya patik lebih suka gunakan masa makan tengahri untuk tidur didalam bilik daripada keluar berpanas mencari makanan.

Bekas makanan biasa dan juga periuk serbaguna
Bekas makanan biasa dan juga periuk serbaguna
Bila patik terbaca blog dan facebook kawan patik si Julia Johari berkenaan lunch box ni, patik berusaha untuk mendapatkannnya. Akhirnya patik terjebak dengan #TeamPeriukDoraemon a.k.a periuk serbaguna ni haa.


Keunikkan periuk serbaguna ni adalah ianya boleh digunakan untuk memasak makanan yang mudah dan sekaligus makanan yang sihat. Hanya berkonsepkan kukus dan rebus semuanya didalam satu bekas. 

Untuk informasi lanjut, nanti patik akan ceritakan apa yang seronok dengan periuk serbaguna ini didalam entri seterusnya yee. Patik dah nak ready masak-masak untuk menu tengahari patik ni yeee. Sehingga jumpa lagi. 

You Might Also Like

1 komen

  1. Baru jejak entry ni, senyum kepit julia...alhamdulilah bangga ada sahabat sudi mencuba periuk doraemon...terbaiklah...first time tgk orang lelaki beli dan buat sendiri...you win!

    ReplyDelete