PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA

Monday, August 29, 2016

PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA

PERBEZAAN PERKATAAN BARU DAN BAHARU DIDALAM BERBAHASA | Kemasukkan pelajar baharu akan berlangsung minggu hadapan. Jadi patik dan beberapa rakan sekerja lain sedikit sibuk menyediakan persiapan menerima pelajar baru.

Antara kerja yang patik perlu lakukan adalah menyediakan surat-surat jemputan untuk tetamu dan juga menyediakan tentatif bagi kelancaran program.

Bila kita jarang menggunakan bahasa yang betul, patik telah belajar sesuatu perkataan baru hari ini iaitu perbezaan perkataan BARU dan juga BAHARU didalam membuat ayat yang betul.

BARU - kata bantu (Menerangkan keadaan masa yang tidak lama)
Contoh: 

  • Mesyuarat itu BARU selesai
  • Dia BARU tiba dari Melaka
  • Mereka BARU sahaja berkenalan

BAHARU - kata adjektif (Menerangkan sifat berlawanan dengan LAMA, BURUK)
Contoh:
  • Pelajar BAHARU
  • Kereta BAHARU
  • Guru BAHARU
  • Majalah BAHARU

Bila patik buat status di Facebook dan rupanya ramai diantara kita yang sama macam patik yang tidak tahu perbezaan perkataan BARU dan BAHARU didalam membuat ayat. Jadi dengan perkongsian ini, dapatlah kita sama-sama belajar dalam menggunakan perkataan dengan betul. 

You Might Also Like

1 komen

  1. Baharu aku tau klu ada dua bhasa baharu dan baru..kah kah kah

    ReplyDelete