MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG

MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG


MENU ASLI KELANTAN HANYA DI RESTORAN SURIANI NASI KUKUS AMPANG | Bagi mereka yang tinggal dikawasan Ampang dan kawasans sekitar Tempoh hari patik sempat singgah ke sebuah restoran di Ampang yang diberi nama Restoran Suriani Nasi Kukus

Untuk pengetahuan semua, Restoran Suriani Nasi Kukus ini merupakan restoran yang mengetengahkan menu Kelantan sebagai menu utama dan juga makanan barat dan juga menu siam sebagai menu sampingan. 

Restoran Suriani Nasi Kukus merupakan cawangan pertama diluar kawasan Kelantan selepas 2 cawangan mereka disana.

Bila menjadi cawangan di Kuala Lumpur ini, nama restoran ini telah diberi nafas baru oleh pemilihnya menjadi MaxandCarl Kitchen dimana restoran ini menggunakan gabungan nama pemilik cawangan ini iaitu Encik Mahmud dan juga Encik Haikal tetapi resepi masakan adalah asli daripada Restoran Suriani Nasi Kukus dari Kelantan.

Dekorasi menggunakan kayu pallet di Restoran Suriani Nasi Kukus
Dekorasi menggunakan kayu pallet di MaxandCarl Kitchen
Melangkah masuk kedalam MaxandCarl Kitchen ini, patik cukup suka dengan konsep yang dibawakan oleh restoran ini. Dengan dekorasi menggunakan kayu pallet yang sedang in dengan semasa, menjadikan restoran ini kelihatan santai tetapi sedikit ekslusif.

Dekorasi yang ringkas dan santai di Restoran Suriani Nasi Kukus
Dekorasi yang ringkas dan santai di MaxandCarl Kitchen
Yang bestnya, bukan hanya restoran saja disini, didalam restoran ini juga terdapat butik diberi nama Butik MaxandCarl Kuala Lumpur.

Butik yang pada mulanya melakukan perniagaan melalui atas talian akhirnya berkolaborasi dengan MaxandCarl Kitchen. Kiranya sambil korang makan-makan, korang boleh mencuci mata melihat koleksi mereka di butik yang berada didalam restoran tersebut.

MENU BERASASKAN PERCIK

Keunikkan MaxandCarl Kitchen adalah mereka menyediakan masakan yang asli dari Kelantan dan menu berasaskan percik menjadi signature kepada restoran ini. 

Tempoh hari patik sempat merasa 3 menu terbaik berasaskan percik seperti Nasi Kerabu Ayam Percik, Ikan Siakap Bakar Percik dan Spaghetti Percik.

Nasi Kerabu Ayam Percik
Nasi Kerabu Ayam Percik
Selain menu berasakan percik, korang boleh mencuba menu pilihan lain disini seperti Colek Ayam Janda, Set Singgang Ikan Tongkol, Set Patin Masak Tempoyak dan juga Set Nasi Kukus Ayam Bakar.

Colek Ayam Janda
Colek Ayam Janda
Set Singgang Ikan Tongkol
Set Singgang Ikan Tongkol
Set Ikan Patin Masak Tempoyak
Set Ikan Patin Masak Tempoyak
Nasi Kukus Ayam Bakar
Nasi Kukus Ayam Bakar
Secara keseluruhan patik boleh komen yang makanan disini memang menepati tekak patik dan yang paling patik suka adalah Spaghetti Percik dan juga Ikan Siakap Bakar Percik.

Menu yang dihidangkan di Restoran Suriani Nasi Kukus
Menu yang dihidangkan di MaxandCarl Kitchen
2 menu tersebut membuatkan patik rasa ingin kembali lagi kesini dan menikmatinya panas-panas. Patik yakin ramai pembaca blog patik yang mencari lokasi makanan masakan Kelantan untuk dinikmati dengan suasana yang selesa pada harga yang sangat berpatutan. 



MaxandCarl Kitchen begitu komited dalam menghasilkan menu yang asli daripada Kelantan untuk orang ramai seiring dengan kehebatan Restoran Suriani Nasi Kukus milik ibunya di Kelantan. 


Bagi korang yang ingin cuba menikmati menu asli dari Negeri Kelantan ini, korang kena hafal tau restoran ni. MaxandCarl Kitchen adalah lokasinya. 

Bersama pemilik MaxandCarl Kitchen

Terima kasih kepada pemilik MaxandCarl Kitchen atas layanan patik dan juga rakan patik untuk sesi jalan-jalan cari makan. Ini patik ade sediakan sedikit maklumat yang korang boleh gunakan sekiranya ingin menikmati menu disini.


MAXANDCARL KITCHEN
No 8 B2 Ground Floor ,
City Garden Commercial Centre,
Jalan Nirwana 38, 
68000 Ampang Jaya, 
Selangor

Telefon:
+60 17-655 6551

Waktu perkhidmatan:
8:30AM–12AM

Instagram:
MaxandCarlKitchen

Facebook:
Suriani Nasi Kukus Cawangan Ampang


Tags:

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen