SHOKUBUTSU ANJUR LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016"

Tuesday, September 13, 2016


SHOKUBUTSU ANJUR LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016" | Bagi mereka yang menggemari larian jenis marathon atau pun lebih mudah dipanggil 'fun run', ni haaa patik nak cadangkan korang untuk turut serta didalam larian "Be My Reason Shower Run 2016" anjuran sebuah produk mandian popular di Jepun, Shokubutsu

Larian kali ini adalah sedikit unik bagi patik kerana para peserta digalakkan untuk berlari bersama pasangan sebagai simbolik tanda sokongan untuk membuat pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. 


Bagi patik program seperti ini memang baik sebagai langkah awal untuk membenteras kanser payudara yang merupakan pembunuh senyap bagi wanita. Kebanyakkan wanita masih tidak tahu bagaimana untuk membuat pemeriksaan payudara mereka sendiri ketika dirumah khususnya semasa mandi. 

Oleh sebab itu, Shokubutsu dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) mengambil langkah inisiatif untuk membuat program kesedaran ini pada 9 Oktober 2016 bertempat di The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam . Terbaik !!

Khabarnya pelakon Beto Kusyairy akan turut serta berlari bersama isterinya, Tisha Shahar dimana isteri beliau telah melalui pengalaman yang menakutkan apabila dikesan mempunyai ketulan pada payudaranya tidak lama dahulu. 

Apa yang boleh dipuji adalah sokongan suami, keluarga adalah kunci penting bagi memberi kesedaran kepada orang yang kita sayang. 

Selain daripada tujuan utama larian untuk mencipta kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, korang boleh mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. 

Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) akan turut membuka sebuah booth buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul.

LARIAN "BE MY REASON SHOWER RUN 2016"

Bagi mereka yang ingin sama-sama turut serta dalam larian "Be My Reason Shower Run 2016" ni korang boleh turut serta dengan membuat pendaftaran diatas talian yang patik sediakan ini. 

Be My Reason Shower Run

Tarikh: 9 Oktober 2016, Ahad
Masa: 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran: RM50 / seorang, RM90 / 2 orang satu kumpulan

Pendaftaran: 

Facebook:


Pengambilan Race Kit :

Tarikh: 7 dan 8 Oktober 2016 | Jumaat dan Sabtu
Masa: 11.00 pagi - 5 petang 
Tempat: The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)



Semua peserta yang menyertai "Be My Reason Shower Run 2016" akan menerima sebuah pingat, sijil dan cenderahati termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara/ Ultrasound Prostat daripada BP Healthcare Group dan minuman yang ditaja oleh Umbro- Isotonic Drinks daripada Ace Canning Corporation Sdn. Bhd.


 

Jadi jom ramai-ramai untuk turut serta didalam larian "Be My Reason Shower Run 2016" lekas datang dan menyokong larian sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara. InsyaAllah patik akan turut serta didalam larian tersebut. 

You Might Also Like

0 komen