TAPAI PULUT MANISAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU

Saturday, September 17, 2016


TAPAI PULUT MANISAN TRADISI MASYARAKAT MELAYU | Sebagai tekak melayu yang kuat, patik agak menggemari manisan tradisi orang melayu terutamanya tapai pulut. 

Orang lama-lama dahulu berpendapat tapai pulut akan menjadi apabila kena pada si pembuatnya. Terdapat petua-petua yang si pembuat kena ikuti supaya tapai pulut yang terhasil akan menjadi masak masni sedap untuk dinikmati. 

Tempoh hari patik telah diajar oleh sahabat patik yang memang orang Kelantan untuk membuat tapai pulut. Tengok gayanya macam mudah. Tapi bergantung kepada masing-masing.

CARA MEMBUAT TAPAI PULUT

Untuk membuat tapai pulut, patik telah melihat cara-cara penyediaannya. Jadi apa yang akan patik berikan ini adalah lebih kurang cara-cara membuar tapai pulut. Patik tidak janji kesedapatan yang terhasil, tapi patik membantu memberikan apa yang patik pelajari.


Bahan yang kita perlukan adalah pulut, ragi, daun pisang, stapler atau pencungkil gigi untuk mengikat daun pisang nanti. Haaaa modal untuk buat tapai pulut ni tak sampai RM10 pon. Tapi hasilnya wowwww nanti. 


Beras pulut tadi hendaklah dibasuh sehingga bersih dan direndam didalam air lebih kurang 1 jam bagi memberi kelembutan dan menjadikan pulut lebih kembang.


Selepas pulut tadi direndam selama 1 jam. Pulut sedia untuk dikukus dengan pengukus.Pastikan korang letakkan jaring net dibahagian dasar pengukus dan barulah diletakkan beras pulut tadi. Kukus dengan air yang sederhana sehingga agak masak. 


Selepas selesai kukus, korang keluarkan pulut tadi masuk kedalam besen besar. Kemudian korang tambah secawan air untukmemberi kelembutan kepada pulut tersebut. 


Kemudian pulut tadi diletakkan kedalam bekas pengukus dan dikukus kembali dalam masan 30min supaya pulut tadi lebih mesra. 


Selesai sesi mengukus pulut,pulut tadi hendaklah dikeluarkan dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum melalui proses seterusnya. 


Setelah pulut tadi sejuk, korang boleh mula untuk menabur ragi. Taburan ragi hendaklah sebati dan rata supaya proses penapaian kemudian akan mesra sekata. 


Taburan ragi tadi hendaklah dilakukan dengan sekata dan pulut yang telah ditanak hendaklah dibolak balik dan digaul mesra dengan ragi tadi. 


Selesai proses tadi, sekarang adalah masa untuk membuat proses pembungkusan tapai pulut ini kedalam daun pisang. Sukatan pulut untuk dibungkus adalah bergantung kepada masing-masing. Memadai dengan sesudu makan untuk setiap bungkusan. 

Ada orang jenis suka bungkus dengan menggunakan daun getah tapi patik menggunakan daun pisang untuk memberi rasa daun pisang kepada tapai patik nanti. 


Selepas siap membungkus,korang boleh mengikat tapai pulut korang tadi dengan oencukngkil gigi atau pun dengan stapler. Ikut kesukaan korang yeee. 


Kemaskan lebihan juntaian daun yang berlebihan supaya tapai pulut kita akan kelihatan cantik dan seronok dimakan nanti. 


Selepas selesai sesi membungkus, tapai pulut tadi hendaklah diletakkan didalam bekas bertutup dan korang hendaklah membalut bekas bertutup tadi dengan sebarang kain. Proses penapaian ini tidak memerlukan cahaya matahari dan korang perlu membiarkan bekas berbalut kain tadi sekurang-kurangnya seharian semalaman. Lagi lama korang biarkan dia, lagi sedap dan manis hasilan tapai pulut tersebut. 

Haaaaa jadi macam mana? Mudah bukan? Lepas ni korang boleh laaa makan tapai pulut ini dengan ais krim. Memang sesuai dikala musim panas yang melanda kehidupan ni kan. Hahaha

Apa pun terima kasih kepada rakan patik yang sudi mengajar patik untuk membuat tapai pulut ini. 

Sumber Facebook: Redzuan Abd Manaf

You Might Also Like

1 komen