BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016


BERJALAN-JALAN KE MELAKA DENGAN KENDERAAN HONDA SEMPENA HONDA HUNT 2016 | Sebenarnya patik sudan lama tidak menjejakkan kaki ke Negeri Melaka walaupun jarak diantara Bangi - Melaka itu bukan jarak yang jauh. Tapi kesempatan masa dan keadaan tu belum sampai.

Nak dijadikan patik telah berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama kenderaan Jepun yang bagi patik adalah impian patik iaitu kenderaan jenama Honda.

Honda Jazz, Honda HRV dan Honda City

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, patik berpeluang untuk merasai pengalaman 2 hari 1 malam memandu 3 kenderaan hebat Honda yang menjadi penyumbang 70% keuntungan datang daripada 3 jenis kenderaan ini iaitu Honda Jazz, Honda HRV dan juga Honda City

BERKUMPUL DI RAIL CANTEEN 


Rail Canteen, Sunway Nexus, Kota Damansara

Seawal 10.00 kami berkumpul di Rail Canteen untuk pendaftaran dan juga minum pagi serta sesi penerangan sebelum kami bertolak ke Melaka.

Sesi penerangai daripada pihak Honda Malaysia

Semasa sesi penerangan ini, kami diberitahu berkenaan spesifik 3 jenis kenderaan yang popular dikalangan pengguna iaitu Honda Jazz, Honda HRV dan juga Honda City. Yang seronoknya kami akan berpeluang untuk memandu kenderaan ini dengan warna baru iaitu Dark Ruby Red Pearl (Honda HRV dan City) dan Carnival Red (Honda Jazz).

HONDA HUNT 2016


Honda Hunt 2016 bermula
Honda Hunt 2016 bermula

Untuk edisi Honda Hunt 2016 ke Melaka ni, kami rakan blogger diberi 3 jenis kenderaan iaitu Jazz, City dan HRV. Setiap kenderaan dipandu oleh 2 orang. Patik dan juga rakan blogger patik Abang Rosli berpeluang membawa Honda Jazz.

Honda Jazz dengan warna Carnival Red
Honda Jazz dengan warna Carnival Red

Perjalanan dengan 6 buah kenderaan dengan 12 orang blogger serta dikawal oleh kenderaan hadapan dan belakang menjadikan perjalanan kami sentiasa terjaga dan selamat.

Tujuan kami dibawa ke Melaka adalah untuk merasai pengalaman memandu sendiri jarak jauh 3 jenis kenderaan yang berbeza keluaran Honda ini dan melakukan beberapa aktiviti yang dirangka disana. Apa yang patik perasan adalah aktiviti "memuatkan barangan didalam kenderaan" selain sesi makan-makan dan bersantai.

INTERIOR DALAMAN HONDA JAZZ


Honda Jazz dengan warna Carnival Red
Honda Jazz dengan warna Carnival Red

Bila menjengah kenderaan yang boleh patik kategorikan sebagai kenderaan kompak, patik sangat suka dengan interior dalaman kenderaan ini. Ringkas tetapi mewah sesuai dengan status terbaik kenderaan buatan Jepun ini dan warna terbaru Honda Jazz ini adalah warna Carnival Red.


Menarik bagi kenderaan Honda Jazz ini, semua kekunci radio hanya dikawal pada stering kenderaan. Jadi korang tidak perlu mencapai apa jua kekunci radio pada panelnya. Sangat mudah bukan.

Smart Key untuk Honda Jazz
Smart Key untuk Honda Jazz

Teknologi menggunakan konsep "tiada kunci" ini menjadikan ianya sangat ekslusif dan mewah. Honda Jazz menggunaakan konsep remote dimana korang boleh menghidupkan kereta ini apabila remote ini berada dengan unit kenderaan. Ini bermaksud hanya pemilik sahaja boleh menghidupkan kenderaan pada butang merah ENGINE START/STOP ini. Nampak lebih selamat dan hebat !!

Interior hadapan Honda Jazz
Interior hadapan Honda Jazz

Untuk Honda Jazz ini ianya terdapat 3 jenis variasi iaitu Variasi S, Variasi E dan juga Variasi V. Beza ketiga-tiga jenis ini adalah pada rekaan luar badan dan saiz roda kenderaan ini. Keseluruhan kempuan bagi 3 jenis variasi ini adalah sama.

Slot USB memudahkan pengguna
Slot USB memudahkan pengguna

Menyediakan 2 slot USB menjadikan pemanduan Honda Jazz ini sangat mudah. Sebagai blogger dan juga sosial media yang aktif, patik amat memerlukan lebihan cas elektrik untuk mengecas segala peralatan termasuklah telefon, bowerbank dan sebagainya.

Ruangan hadapan yang ringkas Honda Jazz
Ruangan hadapan yang ringkas Honda Jazz

Interior ruang hadapan Honda Jazz
Interior ruang hadapan Honda Jazz

Interior belakang Honda Jazz
Interior belakang Honda Jazz

Bagi patik yang mempunyai ketinggian yang lebih, Honda Jazz mampu memberi ruangan duduk belakang dengan selesa. Pendek kata bagi orang yang tinggi-tinggi ni, korang tiada masalah untuk duduk dengan selasa bagi perjalanan jauh.

Ruangan bonet belakang Honda Jazz
Ruangan bonet belakang Honda Jazz

Bukaan luas bonet belakang Honda Jazz ini mampu menampung keluasan barang yang ingin dibawa. Sekiranya korang ingin membawa banyak barang dan memerlukan ruangan yang luas, nanti patik ceritakan kehebatan Honda Jazz ni.

RUANGAN DALAMAN YANG LUAS


Untuk pengetahuan korang, 3 jenis kenderaan ini mempunyai kehebatan masing-masing. Seperti korang perasan, Honda Jazz kelihatan mempunyai ruangan yang agak kecil. Tapi siapa sangka, sekecil-kecil kenderaan ini ianya mampu memuatkan pelbagai jenis barang didalam satu kenderaan.

Ruangan belakang Honda Jazz
Ruangan belakang Honda Jazz

Pandangan keseluruhan Honda Jazz
Pandangan keseluruhan Honda Jazz

Honda Jazz mempunyai kelebihan bagi mereka yang gemar aktivti suka. Pendek kata segala barang yang berasakan sukan korang boleh masukkan kedalam kenderaan ini dengan mudah. Seperti yang korang lihat, patik telah cuba memasukkan barang besar seperti basikal, set golf, bola yoga, tikar yoga dan keadaan masih lagi lega dan masih selesa.

Berbanding Honda City dan juga Honda HRV, mereka juga hebat !! Honda City yang berkonsepkan Keluarga dan anak-anak manakala Honda HRV berkonsepkan pengembaraan.

Secara keseluruhan konsep 3 kenderaan Honda ini adalah:

Honda Jazz - Sport
Honda City - Family & Kids
Honda HRV - Travel

KESIMPULAN AKTIVITI HONDA HUNT 2016


Bonet Honda City yang sangat luas
Bonet Honda City yang sangat luas

Secara keseluruhan apa yang boleh patik simpulkan adalah aktivti Honda Hunt 2016 yang dianjurkan oleh Honda Malaysia adalah sesuatu yang menarik dan memberi ruang kepada kami untuk berkongsi pengalaman memandu dan memberitahu orang ramai diluar sana bahawa kenderaan Honda adalah yang terbaik.

Perbezaan antara Honda City dan jenama lain
Perbezaan antara Honda City dan jenama lain

Bermula dengan aktiviti pemanduan dengan jarak jauh dengan penggunaan minyak yang jimat ditambah dengan aktiviti sumbat dan susun barang didalam kenderaan yang patik sendiri rasa kagum dan juga sesi penerangan dan demonstrasi penyusunan dengan jenama saingan lain.

Bagi korang yang ingin informasi lebih berkenaan jenis-jenis kenderaan keluaran Honda, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen