EVOLUSI SEKOLAH TAHFIZ ILHAM RIZQ ISLAMIC SCHOOL


EVOLUSI SEKOLAH TAHFIZ ILHAM RIZQ ISLAMIC SCHOOL | Bila sebut sekolah tahfiz, patik akan dibayangi dengan keadaan sekolah yang berkonsepkan pondok yang terletak didalam kawasan pedalaman dengan konsep pemakaian jubah dan juga berserban.

RizQ Islamic School

Tempoh hari patik sempat menyinggah kesebuah sekolah tahfiz yang terletak di Sungai Ramal Dalam. Lokasi yang agak tenang didalam kawasan kampung dan perumahan menjadikan RizQ Islamic School sebuah sekolah tahfiz yang telah diberi nafas baru berbanding sekolah tahfiz yang sedia ada. 

Bila patik melangkah masuk kesekolah ini. patik perlu melalui keselamatan yang ketat bagi menjamin keselamatan pelajar yang bersekolah disini. Hanya ibubapa yang berdaftar sahaja akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah ini. Nampak betapa mereka menjaga keluar pelawat yang memasuki kekawasan sekolah ini.

MENARIKNYA DI RIZQ ISLAMIC SCHOOL (RIS)

Menariknya di RizQ Islamic School, mereka berkonsepkan "play based learning" dimana pelajarnya selain diterapkan dengan penghafalan al-quraan, mereka juga mengamalkan pembelajaran sambil bermain. 

Korang boleh lihat fasiliti yang sangat ceria, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan memang tidak sama sekali dengan seolah tahfiz yang patik fikirkan. 

Gymnasium

Kelas lukisan 

Auditorium

Menarik bukan segala fasiliti yang diberikan oleh RizQ Islamic School. Dengan keceriaan akan menimbulkan rasa keseronokkan untuk mereka datang kesekolah. Bukan hanya tertumpu pada penghafalan Al-Quran, mereka juga menggunakan kaedah pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan beberapa subjek yang diambil daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) seperti Tauhid, Fekah, Akhlak, Sirah, Khat dan Imlak selain kelas tahfiz Al-Quran.  

Kelas untuk pelajar darjah 1,2 dan 3

Kelas untuk pelajar darjah 4,5 dan 6

Makmal Sains

Study Area untuk pembelajaran diluar kelas

Study Area untuk pembelajaran diluar kelas

Bilik kesenian

Dewan besar untuk kegunaaan sebarang majlis

Untuk menjadikan sebuah pembelajaran yang kondusif, sekolah ini mengehadkan bilangan pelajar adalah seramai 20 orang untuk sebuah kelas dan menjadikan Bahasa Inggeris senbagai bahasa pengantaraan didalam percakapan seharian. Jadi sekiranya peperiksaan besar seperti UPSR dan PSRA berlangsung, RizQ Islamic School telah digezetkan sebagai tempat peperiksaan.

Locker untuk kegunaan pelajar

Student Lounge digunakan sebagai lokasi pembelajaran santai

Selain keunikkan pembelajaran yang berkonsepkan play based learning, RizQ Islamic School juga menekankan penggunaan Ipad Apple yang dijadikan sebagai alat bantu mengajar khususnya dalam subjek Hafazan Al-Quran. 

Padang bola untuk melakukan aktiviti luar

Penerapan Ilmu Falak dan Astronomi Islam dan juga subjek Robotik diperkenalkan sebagai aktiviti tambahan selain aktiviti sedia ada. Unik bukan pendekatan yang mereka berikan kepada anak-anak ini. 

Lantai yang berwarna juga memberi tanda tertentu

Laluan yang berwarna memberi makna tersendiri

Selain pembelajaran yang menyeronokkan, mereka juga diajar untuk mendengar arahan. Disini mereka akan diajar dengan bebepaa tanda keselamatan dengan bentuk warna. Warna biru bermakna kawasan lembab dan basah. Kawasan berwarna merah bermakna kawasan berhati-hati dan kawasan kuning bertanda berbahaya.

Pagar keselamatan

Selain itu seluruh sekolah ini diperhatikan dengan CCTV yang dipasang diseluruh sekolah dan juga untuk lebih keselamatan, pagar tinggi dipasang bagi mengelakkan berlaku kemalangan yang tidak diingini. 

Ruangan kantin

Cafe untuk tetamu

Untuk pengetahuan korang semua, sekolah RizQ Islamic School ini akan mula broperasi bermula Januari 2017 dan kepada 100 orang terawal, yuran pendaftaran sebanyak RM580 sebulan akan diberikan berbanding harga asal iaitu RM600 sebulan dan terbuka kepada mereka yang tinggal di kawasan Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih dan kawasan terdekat. 

Sekolah tahfiz ini juga tidak menyediakan penempatan untuk mereka yang tinggal jauh dari kawasan. 

Sekolah ini akan beroperasi bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang setiap hari dan ibubapa boleh menghantar anak-anak mereka seawal 6.30 pagi dan mengambil selewat-lewatnya jam 6.00 petang. 


Sekiranya korang berminat untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz RizQ Islamic School ini, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

Twitter : 

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. cantik dan bersih kawasan sek tahfiz nie...

    ReplyDelete