JOM MENJERIT DI SUNWAY LAGOON SEMPENA NIGHT OF FRIGHT 4 (NOF4)

Monday, October 24, 2016



JOM MENJERIT DI SUNWAY LAGOON SEMPENA NIGHT OF FRIGHT 4 (NOF4) | Sekali sekala apa kata kita mencabar diri untuk menjadi berani dengan datang ke Sunway Lagoon dan rasai pengalaman Night of Fright 4.


Bermula 7 Oktober 2016 sehingga 31 Oktober 2016, korang boleh merasai pengalaman menyeramkan, menakutkan dan sekaligus menyeronokkan di Sunway Lagoon ini.


Untuk edisi tahun ini, pihak Sunway Lagoon telah membawa pembaharuan dengan membawa kisah-kisah seram diseluruh dunia ke dalam Night of Fright 4 (NOF4) ini.



Terdapat 8 rumah hantu, 6 lokasi yang menyeramkan dan 11 laluan gelap yang menghiburkan. Bila korang melangkah masuk ke Sunway Lagoon korang akan dihantui dengan pelbagai jenis hantu yang berkeliaran untuk mengganggu korang disepanjang perjalanan. Patik pasti korang akan terkejut dengan kewujudan mereka yang datang entah dari mana. Hehehe.



Haaaa nampak tak betapa ramainya makhluk jadian hantu ni berkeliaran macam ni. Dah serupa cerita Train to Busan pula kan. Hehehe.


Untuk edisi Night of Fright 4 (NOF4) ini, patik dan rakan-rakan blogger telah set time untuk kami sama-sama rasai dan menjerit bagai nak gila didalam Sunway Lagoon ini. Tahun lepas lain dan tahun ni patik inginkan sesuatu yang lain. 


Selain rumah hantu dan hantu-hantu yang berkeliaran, korang yang ingin mengetahui nasib juga disediakan. Yang ni sekadar suka-suka boleh laaa. Korang jangan beriye eprcaya pulak sudah laaa ye. 


Untuk merasai pengalaman dikawasan rumah hantu, korang boleh dapatkan pack darah yang sebenarnya ianya hanyalah air tembikai yang diisi didalam pack darah. Unik dan boleh laaa kite berangan macam pontianak kan. Hehehe.


Secara keseluruhan patik dan semua yang joint kami sangat seronok dan ada juga laa rasa seram seriau tu haa. Kira cukup rasa dengan keseraman yang diadakan disini.



Bagi korang yang ingin merasai pengalaman menyeramkan ini, korang kena datang sendiri dan rasai sendiri pengalaman disini. 

Night of Fright 4 (NOF4)
Sunway Lagoon
3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 
47500 Selangor Darul Ehsan.

Tarikh:
7-31 Oktober 2016

Hari Beroperasi:
JUMAAT, SABTU dan AHAD setiap minggu SAHAJA

Harga tiket:
RM 58 (Harga biasa)
RM 50 (Harga Pelajar)

RM 120 (Pass masuk ke Sunway Lagoon dan 1 pass NOF4)
RM 80 (Harga untuk 2 tiket pada hari AHAD SAHAJA)


>> WEBSITE | FACEBOOK <<


You Might Also Like

1 komen

  1. mila lemah semangat takut baru nak melangkah pintu masuk dah pengsan haha....

    ReplyDelete