LARIAN AMAL ANJURAN SHOKUBUTSU "BE MY REASON SHOWER RUN 2016" KUMPUL 1500 PESERTA


LARIAN AMAL ANJURAN SHOKUBUTSU "BE MY REASON SHOWER RUN 2016" KUMPUL 1500 PESERTA | Bulan Oktober setiap tahun kita akan dibanjiri dengan iklan berwarna merah jambu dan akan menjadi bulan ingatan kita kepada kempen kesedaran kepada kempen kanser payudara.

Peserta yang turut serta didalam larian amal anjuran Shokubutsu

Seawal 6.30 pagi patik dan semua peserta sudah bersiap sedia dengan baju yang mengikut tema kempen iaitu merah jambu disekitar perkarangan ruang pameran IJM Land Bandar Rimbayu Shah Alam

Teknik pemeriksaan payudara semasa mandi
Teknik pemeriksaan payudara semasa mandi

Kalau kita lihat banyak organisasi yang akan membuat pelbagai aktivtiti sempena kempen "merah jambu" ini. Tidak ketinggalan Shokubutsu iaitu sebuah produk mandian yang popular di Jepun hadir dengan aktiviti larian "Be My Reason Shower Run 2016" bagi menyahut bulan kempen kanser payudara.

Digarisan permulaan sebelum berlepas

Sebelum larian, kami diberi penerangan ringkas serta laluan yang akan kami lalu. Sejauh 5KM larian amal ini akan berlangsung.

Larian amal anjuran Shokubutsu bermula
Larian amal anjuran Shokubutsu bermula

Lebih kurang 7.30 pagi kami semua dilepaskan dan bermulalah larian amal ini sejauh 5KM. Adakah patik akan berlari? Hahahahahaha. Patik dan rakan setia hakak kehpam patik Kak Diya Nadia [Pinkymomma] setia berstu sehingga kepengakhiran. Hahaha.

Keluarga yang begitu teruja bersama anak-anak mereka

Patik respek mereka yang datang bersama keluarga dan ada yang sanggup membawa anak-anak kecil mereka untuk turut serta didalam larian ini. Agaknye pukul berapa budak-budak ini dikejutkan bangun ek? Hihi.

laluan 5KM yang akan dilalui peserta

Sepanjang 5KM ni, patik dan Kak Diya Nadia bersama-sama rakan yang turut serta dengan kami haya berjalan sehingga tamat. Alahaii larian fun run kan konsepnye kan. Haruslah jangan beriya sangat. Hehehe.

Sebenarnya patik jarang untuk turut serta didalam larian seperti ini dan demi kempen ini, patik bersama rakan lain datang memberi sokongan untuk larian amal ini. 

Semburan air menandakan tamat larian

Dah namanya pun larian "Be My Reason Shower Run 2016" makan dipengakhiran, korang akan melepasi laluan berair yang disembur dan dengan melepasi laluan sembuaran ini bermakna korang berjaya kegarisan penamat.

Berada digarisan penamat

Alhamdulillah perjalanan patik sejauh 5KM akhirnya sampai kepenamat. Berpeluh sihat juga hari ini dengan aktiviti seperti ni. Tapi memang seronok. 

Pingat penamat untuk semua peserta

Yeaaayy akhirnya patik dapat juga pingat penamat bagi sesiapa yang berjaya sampai kegarisan penamat. Yang comelnya ianya berwarna merah jambu !! Hahahahaa 

Produk Shokubutsu menjadi buah tangan

Yang lebih menyeronokkan. korang yang sampai ke garisan penamat, korang akan diberi goodies beg yang penuh dengan produk seperti sabun pencuci, pelembut baju, ubat gigi, sabun mandian, ubat gigi dan pelbagai lagi. Kiranya stok sabun kat rumah sudah cukup untuk sebulan ni. Haahahaha.

Selain aktiviti larian, banyak lagi kategori yang dipertandingkan seperti pakaian terbaik sepanjang larian, cabutan bertuah dan senaman zumba bagi memeriahkan majlis. 

Kategori pakaian kreatif

Keluarga ini sebagai contoh telah berjaya memenagi pakaian kreatif dan memenangi produk yang ditaja daripada pihak Shokubutsu sendiri. Memang seronok melihat kreativiti mereka sendiri. 


Beto Kusyairi dan isteri

Semasa majlis ini, pelakon Beto Kusyairi dan isteri telah dijemput menjadi rakan selebriti dalam menunjukan sokongan beliau terhadap kempen kesedaran kanser payudara ini. 


Apa pun terima kasih kepada pihak Shokubutsu kerana menjemput patik dan semua rakan ke larian amal "Be My Reason Shower Run 2016". Diharap program seperti ini dapat diteruskan dimasa hadapan bagi menggalakkan orang ramai sedar akan kepentingan menjaga diri daripada penyakit kanser.

Diakhir program, cek bernilai RM25,000.00 telah disampaikan kepada Pusat Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di atas segala usaha murni NSCM dalam memberi kesedaran betapa pentingnya pemeriksaan payudara kepada masyarakat. 

Untuk makluman semua, wang ini diperolehi daripada RM10.00 yuran pendaftaran "Be My Reason Shower Run 2016" dan juga sebanyak RM0.10 daripada hasil jualan produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu ini berjalan dari 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2016.


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. Baca ini tetiba rasa macam tak sabar nak tunggu "Batik Fun Walk" ahad nih.

    ReplyDelete