LELONGAN BUKU TERBESAR DI PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Tuesday, October 18, 2016


LELONGAN BUKU TERBESAR DI PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016 | Patik tahu korang ni mesti jenis yang suka benda yang murah dan kalau boleh yang percuma lagi laaa korang menggeletek nak mengejarnye kan? Baik mengaku. Hahahaha

Sebenarnya patik pun jenis bangsa macam korang juga. Ni ada informasi yang ingin patik kongsikan kepada korang berkenaan lelongan buku terbesar di Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 dimana lelongan ini akan berlangsung di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 bermula 21  hingga 30 Oktober 2016

Dah nama pun lelongan kan, jadi semua jualan bukan akan berada pada harga lelong ye kawan-kawan semua. Dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga jam 9.00 malam

MENARIK DI PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Apa yang menjadi tarikan disini adalah terdapat 100 buah gerai pameran dengan penyertaan 50 buah penerbit seperti PTS Publications & Distributions, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Telaga Biru, Must Read Sdn.Bhd dan banyak lagi. 


Selain itu terdapat lebih 50,000 tajuk buku dari pelbagai tema akan dibawa didalam Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini dengan harga yang korang sendiri tidak percaya murah dan diskaun sehingga 80%.

Secara rumusannya apa yang ada di Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016:

  • Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
  • Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
  • Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar Malaysia. 
  • Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
  • Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
  • Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.

MATLAMAT UTAMA PESTA LELONG BUKU





Kita sering merungut dengan ekonomi negara yang tidak bagus dan ini memberi peluang kepada kita sebagai pembeli untuk mendapatkan buku baharu dan berkualiti pada harga yang sangat tercapak laaa orang kata.

Inisiatif ini bagi patik adalah sangat baik bagi membantu masyarakat sekaligus memupuk minat membaca dikalangan masyarakat di seluruh Malaysia.

AKTIVITI MENARIK DI PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016



Selama 10 hari pesta lelong buku ini berlangsung, pelbagai aktiviti dan program yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi program ini, Antara aktiviti yang telah dirancang adalah pertandingan bercerita, persembahan artis dan sebagainya.





Korang tengoklah betapa meriahnya aktiviti yang dirancang untuk orang ramai hadir di Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 nanti. Semuanya adalah nak pastikan korang seronok untuk hadir dan turut serta didalam acara ini.

Bagi korang yang inginkan maklumat lanjut dan terkini tentang Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. korang boleh hubungi:

019-3258285 (En. Jaini) 
013-7007067 (Nurhaziemah)

atau

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016
Dewan Cempaka Sari,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3
Putrajaya

Tarikh:
21 - 30 Oktober 2016

Masa:
10.00 pagi - 9.00 malam


>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<



You Might Also Like

3 komen

  1. Menarik!!! LeYa memang minat buku... Boleh ajak Incik Suami datang ni..hehe...

    ReplyDelete