MANJAKAN DIRI DI SALON DAN SPA GENTLEMEN'S TONIC


MANJAKAN DIRI DI SALON GENTLEMEN'S TONIC | Pertama kali melangkah masuk ke salon yang boleh patik kategorikan sebuah salon khas untuk lelaki yang mewah untuk memanjakan diri.

Ruang menunggu di salon Gentlemen's Tonic
Ruang menunggu di salon Gentlemen's Tonic

Berlokasi di Publika, Solaris Dutamas, Salon Gentlemen's Tonic berada diaras yang tersendiri. Patik mula-mula masuk tu bagaikan tidak menyangka yang patik akan di make over disebuah "kedai gunting" yang sangat glamor.

Kaunter menyambut tetamu di salon Gentlemen's Tonic
Kaunter menyambut tetamu di salon Gentlemen's Tonic

Salon yang hanya fokus untuk kaum lelaki ini dimiliki oleh seorang anak muda yang berbangsa melayu. Patik pun teruja dengan informasi tersebut pada mulanya.

Untuk pengetahuan semua, label Gentlemen's Tonic ini adalah jenama antarabangsa dan di Malaysia, ianya hanay terdapat sayu-satunya disini. Selain Malaysia, jenama ini terdapat di Abu Dhabi, Maxico, Moscow, London, New Deli dan Hong Kong. Nampak hebat bukan. 

Agak-agak macamana laa dengan susun atur dan juga perkhidmatan yang akan mereka berikan yee. Kejap lagi patik ceritakan.

Beronakan hitam dan putih, salon ini kelihatan begitu ekslusif dan nampak mewah. Semua perkakas disini memang menggunakan warna hitam dan putih bagi menaikkan seri salon ini. 

Ruang memotong rambut yang kelihatan ekslusif 
Untuk pengetahuan korang salon ini menggunakan khidmat tukang gunting dari luar negara tau. Kiranya korang akan dapat merasakan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa ok. Yang penting korang kena menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan tukang guntung mereka mahupun staf lain disini.

Ruang gunting terbuka ini menempatkan  4 ruang gunting rambut dimana setiap ruang menggunting ini dipisahkan dengan ruangan masing-masing.

Ruang memotong rambut yang bekonsepkan tertutup dan ekslusif. 
Bagi yang inginkan konsep privacy, disini menyediakan ruangan tertutup dimana ruangan ini dipisahkan dengan dinding lain dan didalamnya terdapat ruang rehat yang sangat indah dan sangat bersih.

Selain menyediakan perkhidmatan menggunting rambut, salon Gentlemen's Tonic juga menyediakan perkhidmatan spa untuk lelaki dan wanita.



Produk yang digunakan adalah berkonsepkan organik dan dibawa masuk dari Negara Denmark. Kiranya korang yang penggemar spa ni boleh laa datang dan cuba sendiri perkhidmatan mereka. 


Patik telah didandankan oleh Mr. Maher yang datang dari Iran dan bagi korang yang inginkan fesyen potongan spesifik korang hanya perlu beritahu Mr. Maher dan beliau akan lakukan dengan terbaik.

Bagi patik, patik serahkan kepada Mr. Maher untuk melakukan potongan dan sambil potong tu, patik akan beri pendapat patik sekiranya perlu dan beliau akan berikan pendapatnya. Kiranya komunikasi tu penting untuk hasil terbaik.


Bermula dengan potong rambut, cuci rambut dan gel rambut semuanya mengunakan produk khas yang dikeluarkan oleh Gentlemen's Tonic sendiri. 


Akhirnya selesai gak patik didandankan oleh Mr. Maher ini. Secara keseluruhannya patik sangat suka dan gemarkan persekitaran yang diberikan di salon dan spa Gentlemen's Tonic. Sangat tenang bila berada disini. 


Bagi mereka yang ingin cuba mendandan seperti apa yang patik rasa ni, korang boleh datang sendiri dan rasai pengalaman mendandan disini. 


GENTLEMEN'S TONIC
 D5-G3-03 Publika, 
Solaris Dutamas, 
No 1, Jalan Dutamas 1, 
Kuala Lumpur 


Telefon:
+603 6412 8660 
( 10 pagi - 9 malam)



>> WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM <<



Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen