NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40


NAIB JOHAN PAMERAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI EKSPO KONVOKESYEN UPM KALI KE 40 | Seperti kebiasaan sempena Istiadat Konvokesyen UPM Kali Ke 40, aktiviti seperti pesta konvo akan menjadi festival bagi memeriahkan istiadat tersebut. 

Kali ni patik berpeluang menjadi salah seorang petugas bagi pameran yang terletak di Bukit Ekspo UPM Serdang


Sepanjang seminggu kami telah membahagi-bahagi tugas untuk menjaga booth dibawah nama fakulti patik iaitu Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM

Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di Pesta Konvo Kali Ke 40 ni antaranya booth pameran lebih daripada 10 buah fakulti dibawah Universiti Putra Malaysia, pameran ternakan dan juga jualan hasil pertanian daripada UPM sendiri dan banyak lagi. 


Untuk tahun ini jabatan patik telah dipilih oleh pihak fakulti untuk menjadi penyelaras booth sepanjang minggu Pesta Konvo Kali Ke 40 ini. Untuk kali bertemakan "Mengungguli Petanian, Menggapai Reputasi Antarabangsa" memberi peluang kami sama-sama berkongsi idea untuk mengikut tema yang diberikan. 

Sebenarnya ada pertandingan booth terbaik sepanjang minggu Pesta Konvo Kali Ke 40, Jadi Ketua Jabatan patik kalau boleh inginkan sesuatu daripada pertandingan ini. 


Inilah booth yang kami hasilkan. Cerita disebalik booth patik ini adalah berkonsepkan kesedaran tentang pertanian. Selalunya kita terlalu ekstrim menghasilkan pertanian terbaik dan kadang kala terlupa terhadap isu persekitaran yang boleh menyumbang kepada kesihatan.


Sebenarnya patik secara peribadi tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang apa-apa didalam persembahan booth terbaik. Tapi Ketua Jabatan patik sangat bersungguh mengatakan kita ada menang nanti. Patik hanya senyum dan mengiyakan pendapat beliau.


Alhamdulillah akhirnya masin mulut Ketua Jabatan patik yang booth kami dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM memenangi tempat ke 2 sebagai booth terbaik diantara fakulti. 

Walaupun tidak banyak hadiah yang diberikan, diharap ianya sebagai batu loncatan untuk jabatan patik sebagai penyelaras dipandang tinggi oleh jabatan-jabatan lain. 


Demikianlah kisah patik dan rakan-rakan berkampung selama seminggu di Bukit Ekspo UPM Serdang sempena Pesta Konvo Kali Ke 40

Sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan dengan idea dan juga pendapat yang lebih hebat sekaligus menaikkan nama fakulti ketempat yang lebih tinggi.

Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 komen

  1. tahniah.. nak singgah bukit ekspo tu asyik tak dapat jer. nak pergi jer hujan. hahaha.. btw, tahniah sekali lagi yer.

    ReplyDelete