1825 GALLERY HOTEL MELAKA MENYEDIAKAN PENGINAPAN YANG SERBA MEWAH DITENGAH BANDAR MELAKA

Thursday, November 03, 2016



1825 GALLERY HOTEL MELAKA MENYEDIAKAN PENGINAPAN YANG SERBA MEWAH DITENGAH BANDAR MELAKA | Sekiranya ke Melaka patik gemar mencuba hotel-hotel yang berkonsep berbanding hotel yang biasa ditengah-tengah bandar seperti Equitorial Hotel Melaka, Hatten Hotel Melaka dan sebagainya. 

Untuk sesi jalan-jalan ke Melaka kali ini, patik berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di sebuah hotel yang kelihatan mewah tapi mengekalkan unsur klasik didalamnya iaitu 1825 Gallery Hotel.


Untuk pengetahuan korang, 1825 Gallery Hotel ini berlokasi sebaris dengan Hard Rock Cafe Melaka yang hanya memerlukan korang berjalan kaki sahaja.

Lokasi yang terletak betul-betul ditengah Bandaraya Melaka ini sesuai untuk korang lepak dan menginap kerana berdekatan dengan semua tumpuan seperti Menara Taming Sari, Jongker Walk, Menara Jam Besar dan banyak lagi. Hanya dengan berjalan kaki. 


Siapa sangka hotel yang berkonsep mewah ini berlokasi dibelakang Sungai Melaka dimana bangunan lama sepanjang sungai ini dinaiktaraf menjadi hotel yang hebat di tengah-tengah Melaka

RUANG LOBI TEMPAT MENUNGGU

Melangkah masuk ke ruang lobi 1825 Gallery Hotel Melaka patik sangat suka dengan persekitaran yang ditawarkan disini. 


Ketenang yang diberikan dengan suasana bagai berada disebuah spa. Sangat cantik bagi patik kerana keunikkan bangunan lamayang dinaik taraf menjadi sebuah hotel yang berkonsepkan mewah dan ditambah dengan unsur etnik tradisional lama didalamnya.


Perabut-perabut yang digunakan diruangan lobi menjadikan ianya lebih santai dan sangat ekslusif dan tenang.


Korang boleh tengok keadaan ruang lobi ini. Sangat tenang dengan ribunan pokok dan juga kolam ikan koi yang besar. Begitu menenangkan.



Berjalan ketingkat-tingkat atas memberikan suatu suasana yang patik sendiri tak tahu nak gambarkan. Untuk pengetahuan korang, hotel ini mempunyai 3 tingkat yang dekorasinya memang sangat cantik.


Dekorasi bersawang ini memang unik. Bagaikan sebuah hotel yang telah lama tinggal dan ianya dipelihara oleh Frankenstein. Hahahahha 




Setiap tingkat pasti akan meninggalkan dekorasi yang sangat cantik. Boleh dikatakan setiap ruangan 1825 Gallery Hotel Melaka ini boleh diabadikan didalam gambar.


Secara keseluruhan dekorasi di 1825 Gallery Hotel Melaka ini dsangat berlainan dan unik. Siapa yang gemarkan hiasan unik, patik akan geram melihatnnya., 

DEKORASI BILIK YANG BERKONSEP MEWAH TAPI KLASIK

Melangkah masuk kedalam bilik ini patik bagaikan rasa berada disorga dunia. Bilik yang patik duduk ini sangat luas dan memang kelihatan mewah tapi disuntik sedikit unsur tradisional lama.



Korang boleh tengok pada penggunaan perabut didalam bilik ini. Almari baju, meja belajar dan meja sisi semuanya bagai menggunakan perabut lama tetapi sebenarnya ianya adalah baru.





Penggunaan perabut berkonsep lama menaikkan keunikkan hotel ini. Korang tengok pada almari baju ini yang sangat berkonsepkan tradisi nyonya.


Penggunaan meja tepi katil yang kelihatan perabut lama menaikkan seri bilik ini. Perabut lama menjadi signature kepada bilik mereka.


Keadaan bilik yang patik duduk sepanjang berada di Melaka. Memang sangat dicadangkan kepada korang untuk merasai menginap disini. 


Bilik ini bagi patik sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu dengan pasangan sangatlah sesuai. Kiranya memnuhi citarasa patik.


Haaa ini baru patik tunjukkan bilik, belum lagi bilik mandi yang sangat ohsem ok. Jom kita jengah masuk kebilik mandi pula.

BILIK MANDI YANG SUNGGUH EKSKLUSIF



Bila buka pintu bilik mandi selalunya benda yang patik akan cari adalah bathtub dan yeayyyy bilik mandi ini mempunyai bathtub dan yang paling best bathtub ini mempunyai sistem jakuzi. 



Perkakas mandian asas juga disediakan bagi memudahkan pengunjung yang datang menginap disini. Memang memudahkan patik sebab tak perlu membawa macam-macam khazanah dari rumah. 



Haaaa agak-agak korang ade menggeletis tak untuk merasai pengalaman menginap dihotel seperti ini? Kalau nak apa kata korang luangkan masa datang kesini kerana hotel ini sangat dekat dengan lokasi tarikan untuk melawat. Hanya dengan berjalan kaki sahaja. 


Bagi korang yang datang ke Melaka dan ingin mencuba hotel seperti yang patik menginap ni, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut.

1825 Gallery Hotel Melaka
27, Jalan Bunga Raya, 
Kampung Jawa, 
75100 Melaka

Telefon:
+60 6288 2868


>> INSTAGRAM | FACEBOOK <<



You Might Also Like

1 komen