BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI "NEO GLADIATOR" SEMPENA MALAYSIA FASHION WEEK 2016


BIANCO MIMOSA TAMPIL BERANI DENGAN KOLEKSI "NEO GLADIATOR" SEMPENA MALAYSIA FASHION WEEK 2016 | Bila sebut fesyen, patik adalah penggemar fesyen yang sedikit berlainan dan sesuai digayakan diluar sana. Lebih-lebih lagi fesyen untuk lelaki.

Gladiator untuk lelaki. Kredit pic www.aizulmarcello.com

Patik teringat suatu masa dulu bilamana musim pemakaian gladiator untuk lelaki sangat meletop dan masing-masing teringin untuk memilikinya. Begitu juga dengan patik yang begitu teruja dengan gladiator.

Terbaru Bianco Mimosa tampil berani dengan koleksi Neo Gladiator sempena Malaysia Fashion Week 2016 tempoh hari. Tema "Neo Gladiator" yang cuba dibawakan adalah bagi mengangkat dan mengembalikan kehebatan bumi Rome yang begitu sinonim dengan pemakaian gladiator didalam kegiatan seharian. 

Menurut pereka fesyen yang juga pengasas kepada Butik Bianco Mimosa, Dato Ida Suraya Mustapha, koleksi Neo Gladiator diilhamkan demi memberi suntikan nuansa gaya pemakaian atau fesyen di era berkenaan yang dianggap unik dan mempunyai ciri elegan dan kelas yang sukar ditafsirkan.
Apa yang patik lihat, koleksi yang ditampilkan berinspirasikan bumi Rome dimana gaya fasyen yang mereka tunjukkan boleh diangkat dan diberi nafas baru sesuai dengan peredaran zaman kini.


Untuk koleksi "Neo Gladiator" ini, Bianco Mimosa tampil dengan 10 rekaan merangkumi gaun pendek, gaun panjang, jumpsuit, t-shirt, jaket dan busana lain dengan sentuhan formal ala New Rendition. Semuanya berinspirasikan kehebatan bumi Rome dan pemakaian Gladiator.


Bila sebut penggunaan fabrik, Bianco Mimosa menggunakan fabrik yang bermutu tinggi yang diimport dari luar negara terutamanya dari Negara Eropah. Ini semua demi menjaga kualiti nama jenama Bianco Mimosa itu sendiri. 


Walaupun fabriknya di import, tapi teknik rekaan dan isnpirasinya adalah daripada pemilik Butik Bianco Mimosa iaitu Dato Ida Suraya sendiri dimana setiap perincian menggunakan batuan Swarovski dan juga manik terpilih hasil buatan tangan yang menjadi pelengkap busana juga adalah insiprasi daripada Dato Ida Suraya sendiri. Anak tempatan Malaysia sendiri. Bangga kejap patik dengan usaha beliau.

Untuk melihat sendiri koleksi dari Bianco Mimosa ini, patik sediakan video daripada YouTube untuk korang saksikan sendiri konsep yang ditampilkan oleh mereka.


Bagi korang yang inginkan informasi terkini berkenaan koleksi "Neo Gladiator" atau koleksi lain bagi Butik Bianco Mimosa, korang boleh dapatkan informasi seperti yang patik berikan berikut.


>> WEBSITE | INSTAGRAM | FACEBOOK <<


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen