DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH



DAERAH SETIU TERENGGANU POPULAR DENGAN AKTIVITI MENGUTIP KEPAH | Patik bila disebut kepah tu, patik hanya tahu beli dekat pasar dan sedia untuk masak apa jua menu. Tapi bila kata nak mengutip sendiri memang sejujurnya patik tidak pernah dan tidak berpengalaman mengutip sendiri. 

Tempoh hari semasa lawatan ke Negeri Terengganu, patik dan rakan blogger lain telah diberi peluang untuk merasai pengalaman mengutip kepah dilaut. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Sebanyak 20 buah bot nelayan telah disediakan oleh Tourism Terengganu untuk membawa kami ke kawasan lautan yang sedikit cetek bagi aktivit ini. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Patik dan blogger Mawardi Yunus, Amir Nawawi, Pena Berkala dan juga Emas Putih telah menaiki boat laju untuk kelokasi yang dikatakan banyak kepah. 

Perjalanan menariki boat laju ini memakan masa lebih kurang 15 minit perjalanan. Didalam fikiran patik bagaimana cara untuk mengutip kepah ditengah laut sebabnya kepah biasanya akan berada didalam pasir laut.

Setiba dilokasinya yang dimaksudkan, rupanya andaian patik adalah salah kerana lokasi untuk mengutip kepah adalah cetek dan memang tidak dalam langsung. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Kami diberi seorang satu bakul digunakan untuk mengisi kepah yang dikutip tadi. Rupanya bukan mudah untuk mengutip kepah kerana kedudukan kepah tersebut didalam pasir laut. Jadi korang kena menggunakan tulang empat kerat iaitu 2 tangan dan 2 kali untuk mengorek-ngorek pasir sambil meraba keduduakan kepah tersebut. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Konsep patik adalah dengan duduk dan cuba meraba kedalam-dalam pasir. Ini adalah hasil kutipan patik untuk masa 2 jam. Bukan mudah rupanya untuk mengutip kepah ni. Tapi pengalaman mengutip ini sangat-sangat berguna. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Kalau dah ramai-ramai tu, masa nilah digunakan untuk merakam kenangan untuk dikongsi bersama pembaca blog patik ni. 

Aktiviti Mengutip Kepah

Jadi bagi korang sekiranya berpeluang untuk datang ke Negeri Terengganu, jemputlah datang ke Daerah Setiu dan rasai pengalaman untuk mengutip kepah dipersisiran pantai seperti patik dan rakan-rakan sudah lakukan. 

Pengalaman yang mungkin korang tidak boleh beli tapi korang kena rasai sendiri dan hargai sendiri. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu dan juga Gaya Travel kerana membawa kami ke lokasi yang jarang dikunjungi oleh orang ramai dan merasai pengalaman mengutip kepah disini. 


Share:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 komen