PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1

Tuesday, November 22, 2016


PENGALAMAN SHOOTING BERSAMA RANCANGAN WALLA TERBITAN TV1 | Rancangan "Walla - Menu Kita" terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah bersiaran untuk musim ke-2 dimana siarannya setiap hari Ahad jam 12.30 tenghari di TV1.

Kenapa patik tiba-tiba berbicara kisah rancangan ni? Ini sebab patik adalah salah seorang blogger jemputan bersama-sama dengan pengacara yang sangat petah berbahasa melayu iaitu Chef Brian atau lebih mesra dipanggil Abang Brian


Ada yang bertanya patik bagaimana patik dipelawa untuk muncul didalam rancangan tersebut. Sebenarnya patik telah "dilamar" melalui email oleh pengurus rancangan untuk menyatakan hasrat mempelawa patik sebagai rakan pengacara untuk episod tertentu.

Sebagai mengutip pengalaman baru, patik terima cabaran ini untuk digandingkan dengan pengacara keletah bagi menjayakan episod tersebut.


Berlokasi di Restoran MaxandCarl Kitchen yang terletak di Ampang Selangor, patik telah tiba dilokasi yang dinyatakan. Pada masa ni tuhan jeeee tahu betapa gemuruhnya untuk petik berjumpa dengan semua team rancangan "Walla" dan merasai sendiri bekerja dihadapan kamera. 


Bertemakan menu "percik" patik harus menghafal sedikit sebanyak skrip yang diberikan termasuklah menghafal serba sedikit bahan-bahan masakan yang digunakan untuk memasak menu yang brasaskan percik. Memang memerlukan ingatan yang agak kuat. 


Barulah patik tahu bukan mudah untuk muncul dihadapan TV seperti yang kita sangka. Melihat kerjasama team Walla yang sangat profesional dan memang sudah biasa dengan tugas masing-masing menjadikan ianya lebih mudah lancar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan oleh setiap petugas.

A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Sebelum memulakan pengambaran sebenar, patik diberi peluang untuk membuat lakonan percubaan. Memang kekok wehh bila penerbit sebut 'action'. Hahahahaha. Sedikit cuak tidak terkecuali.

A photo posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Bila dah menjadi pengacara rancangan makan-makan, patik diajar dan diingatkan untuk tidak makan dengan sopan. Kita perlu tunjukkan keenakkan dan kesedapan kepada penonton supaya ekspresi wajah kita akan mempengaruhi orang ramai untuk turut sama datang ke restoran ini. 

Jadi apa yang korang akan lihat nanti MUNGKIN BUKAN tindakan seorang insan bernama Ahmad Fauzi Aryaan. Hahahahaha. Apa pun sila saksikan nanti. 

A video posted by Walla RTM (@wallaumd) on

Hahahahah.. bila dapat cakap, habis abam kawww ceramahkan Abang Brian dengan segala resepi dan cara memasak menu yang dihidangkan di Restoran MaxandCarl Kitchen ni haaa. Tapi bagi patik Abang Brian memang pelengkap patik sebagai pembantu pengacara bagi rancangan ini. Beliau sangat berbakat ok !!


Sebenarnya patik sangat respek dengan pemilik Restoran MaxandCarl Kitchen rupanya gabungan 2 rakan kongsi iaitu Encik Mahmud dan juga Encik Haikal maka terjadilah MaxandCarl Kitchen


Untuk makluman korang pembaca blog patik, sebenarnya restoran ini merupakan cawangan kepada Restoran Suriani Nasi Kukus yang sangat popular di Kelantan. Keenakkan masakan di Restoran Suriani Nasi Kukus telah dibawa oleh anaknya sendiri ke Kuala Lumpur


Patik sangat teruja dan berbesar hati apabila dapat digandingkan dengan Chef Brian atau lebih mesra dipanggil Abang Brian untuk episod kali ini. 


Terima kasih kepada pemilik Restoran MaxandCarl Kitchen kerana sudi memberi ruang dengan patik dan juga Abang Brian serta tenaga kerja "Walla" untuk episod menu berasaskan "percik" ini. 


Jadi bagi korang yang ingin melihat hasil penggambaran yang patik dan team "Walla" dah lakukan, korang boleh nantikan pada Ahad, 27 Nov 2016 pada jam 12.30 tenghari di TV1.


Ini adalah iklan promo yang telah sedia untuk dipertontonkan kepada umum. Sebenarnya patik segan dan jujur patik rasa takut untuk melihat diri patik sendiri ditonton oleh semua keluarga dan rakan-rakan.

Tapi tidak apa kerana pengalaman hari ini mengajar kita untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan. InsyaAllah.

Rancangan:
Walla - Menu Kita

Tarikh dan Masa:
27 Nov 2016
12.30 tengahari

Saluran:
TV1

>> FACEBOOK | INSTAGRAM <<


You Might Also Like

2 komen

  1. MALATOP!!! patik rasa berbanggan mengenali tuan hamba maklumlah tuan hamba skg dah masuk TV! hehehehhehe cant wait to watch it tho HAHAHA x sabo nk gelakkan dia kah kah kah

    ReplyDelete