HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2016 KUMPUL SEMUA AHLI KETURUNAN

Thursday, December 15, 2016


HARI KELUARGA HAJI HAMZAH 2016 KUMPUL SEMUA AHLI KETURUNAN | Minggu lepas patik sempat menghadirkan diri untuk program yang dianjurkan oleh AJK Keluarga Haji Hamzah iaitu keluarga besar patik.


Majlis hari keluarga ini telah dilaksanakan di rumah Pak Anjang patik yang terletak di Banting Selangor. Jadi patik sempat balik ke kampung dan terut serta program yang dianjurkan oleh pihak penganjur.


Pendaftaran peserta program telah diadakan seawal jam 8.30 pagi dan kemudian patik pun sempat menjamah sarapan pagi yang dihidangkan oleh pihak urusetia. Menu nasi lemak sotong menjadi menu untuk sarapan pagi tersebut. 


Untuk program pertama iaitu Treasure Hunt, kami telah setiap keluarga hendaklah menghantar 5 orang wakil sekurang-kurangnya tetapi atas kelewatan adik patik, jadi patik bersama 2 abang patik sebagai wakil bagi keluarga patik. 


Sepanjang aktiviti Treasure Hunt ini, banyak informasi baru yang patik belajar berkenaan salasilah keluarga besar patik bermula dari moyang sampailah kepada sepupu sepapat. Selain daripada salasilah keluarga besar patik, banyak lagi cabaran yang kami perlu lakukan seperti solat dhuha, mengira tapak kaki dan langkah menuju ke surau, mencari rumah lama di kampung patik dan sebagainya. 


Bila ada cabaran selfie bersama rumah lama, patiklah yang paling seronok dengan cabaran ni haaa. Hahahaha.


Selesai aktiviti pertama, kami teruskan aktiviti dengan aktiviti sukaneka. Sukaneka yang dimaksukan adalah bowling buah kelapa. 


Yang uniknya pin bowling yang digunakan adalah yang sebenar yang digunakan ditempat bowling. Entah mana urusetia dapatkan pun patik tidak tahu. Rupanya pin bowling ni memang besar jugak dan sesuai dengan bola bowling yang digunakan sebagai pembaling. 


Aktivit seterusnya adalah bagi patik antara yang mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab didalam permainan ini, korang perlu menyeimbangkan bola diatas papan bulat dan tali yang diberikan adalah tidak sama panjang. Itu adalah cabaran sangat besar buat semua keluarga.


Selesai aktiviti, majlis penyempaian hadiah dihujung program turut dilakukan. Untuk edisi kali ini, piala untuk treasure hunt turut menjadi taruhan. Mana tidaknya, selalu hanya hamper jee kan. Jadi kali ini kita sediakan piala sebagai kenangan. 


Hadiah-hadiah lain seperti hamper, peralatan rumah dan juga hadiah peralatan sekolah juga turut disediakan. Sesuai sangat untuk persediaan untuk masuk kesekolah tahun hadapan. 



Untuk acara Treasure Hunt tadi, keluarga patik memenangi tempat ketiga.


Tempat kedua dimenangi oleh keluarga Pak Ngah


Juara disandang oleh keluarga Pakcik 


Apa yang boleh patik simpulkan adalah aktiviti seperti ini sangat bagus selain boleh mengeratkan ukhwah sesama keluarga, ianya boleh menjadikan kita kenal setiap daripada saudara mara semua. 

Semoga aktiviti ini dapat dilakukan ditahun-tahun hadapan dengan jayanya. Yang penting patik dapat macam-macam hadiah untuk dibawa pulang. Itu lagi penting. Wakakaka

 Jumpa lagi ditahun hadapan 2017 yee keluarga Haji Hamzah !!


You Might Also Like

0 komen