KEMERIAHAN BERADA DI MAHA 2016

Saturday, December 10, 2016


KEMERIAHAN BERADA DI MAHA 2016 | Kemeriahan dan kesesakkan manusia yang membanjiri MAHA 2016 yang hangat berlangsung sehingga 11 Disembaer 2016. Mana tidak nya, patik yang hari nak datang ke pejabat selalu merah dek kerana masing-masing yang beratur nak masuk kedalam MAHA 2016

Bila dah masing-masing sibuk dengan kesesakkan tu, patik pun telah merancang untuk menjengah apa yang menarik sampai sesak jalan masuk ke Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang terletak bersebelahan dengan pejabat patik. 

Jadi entri kali ni patik akan kongsikan pengalaman patik sepanjang berada di MAHA 2016 siang tadi. 

PAVILION NEGERI 



Apa yang seronok bila beradad disini adalah kita dapat melihat kebudayaan dan juga jualan produk hasil negeri masing-masing. Terdapat 14 buah negeri masing-masing mempamerkan dan memperkenalkan kehebatan negeri masing-masing.

Bila dah meronda dari 1 rumah ke 1 rumah sudah pasti macam-macam produk yang mereka beri untuk dirasa. Lama-lama naik kenyang patik pada hujung perjalanan.

Dekat sini patik pasti korang akan luangkan banyak masa untuk memastikan setiap ruang korang akan korang lawati lagi-lagi korang kuat dengan sifat kenegerian. Hahahaha


NAFAS CUBE 



Kemudian patik singgah ke NAFAS CUBE dimana ianya dimiliki oleh Pertubuhan Peladang dan menggunakan tanah milik MARDI untuk membina sebuah lokasi penginapan yang bagi patik sangat unik. 

Sebenarnya patik pernah nampak konsep ini disebuah lokasi di Janda Baik, tapi alhamdulillah konsep ini telah dibina didalam MARDI dan mereka yang ingin merasai pengalaman menginap di dalam kelongkong atau khemah berkonsep glamour dan juga jenis kontena. 


Sebelum meneruskan perjalanan, jom kita menikmati sarapan pagi disini. Konsep mereka ini juga unik bagi patik. Menggunakan bekas makanan jenis kitar semula dan juga bekas minuman didalam mentol menjadikan sarapan pagi patik sangat comel. Hahaha


Bila dah kenyang menjamah makanan yang dihidangkan, bolehlah patik meneruskan perjalanan pusing.


Nampak tak lokasi penginapan yang sangat unik. NAFAS CUBE menyediakan bilik-bilik penginapan seperti khemah, tube dan juga kontena. 


LAMAN PERIKANAN



Kemudian patik sempat menjengah ke Laman Perikanan dimana disini korang boleh melihat pelbagai jenis ikan daripada jenis yang boleh dimakan sehinggalah yang jenis perhiasan. 


Patik juga terkejut melihat ikan yang termahal juga dipamerkan disini. Ikan termahal yang patik lihat adalah Ikan Empurau berharga RM1800 untuk 1 kilogram. Wowww mahal sungguh harganya. 


Diakhir lawatan kami sempat merasa produk hasil daripada ikan tuna. Sate tuna dan juga roti flost ikan tuna. Apa yang patik dimaklumkan,ikan tuna kaya dengan Omega 3 yang baik untuk kesihatan. 

PADI



Seterusnya patik sempat singgah ke Laman Padi dimana disini bagi korang yang jenis anak bandar boleh melihat sendiri pokok padi dan juga aktiviti bermain bola sepak bendang.


Disini juga turut dipamerkan cara penanaman padi yang terdahulu sehinggalah yang terkini. Mesin yang digunakan terkini juga turut disediakan. 

NANAS



Di Laman Nanas pula korang boleh merasai sendiri kemanisan nanas baka terbaru iaitu nanas jenis MD2. Patik sebenarnya agak pelik kenapa nanas ni begitu popular.

Dulu masa kecil, mak patik potong nanas dan patik tahu makan je. Tidak hirau dengan jenis dan segala ape tu haaa dan akhirnya lidah gatal, Hahaha


Barulah patik tahu yang nanas jenis MD2 ini mempunyai asid sitrik yang lebih rendah berbanding nanas lain yang menyebabkan ianya tidak gatal pada lidah. Memang sedapp wooo !!

LAMAN ARMADA JENTERA



Patik juga sempat menjengah ke Laman Armada Jentera dimana disini dipamerkan jentera berteknologi tinggi untuk kemudahan pertanian. 


Disini boleh patik simpulkan mereka yang suka kearah teknologi tertanian memang sesuai untuk datang ke laman ini. Selain melihat kehebatan jentera pertanian, korang boleh dapat informasi untuk meningkatkan pertanian korang dengan cara penggunaan teknik yang betul.

TERNAKAN



Bila sampai ke Laman Ternakan, benda pertama yang orang ramai suka adaah melihat "lembu sado". Pertama kali patik melihat dengan mata kepala sendiri dan perkataan pertama yang keluar dari mulut patik adalah "Wowww".

Memang sangat terkejut dengan baka lembu tu.


Secara keseluruhan apa yang boleh patik katakan adalah MAHA 2016 adalah sebuah acara yang sangat besar yang diadakan di Malaysia. 

Untuk menghabiskan keseluruhan MAHA 2016 yang berkeluaan 400 hektar ini mungkin memerlukan 3 hari untuk korang cover.

Bagi korang yang masih belum pergi ke MAHA 2016, korang silalah berkunjung ke sini dan rasai pengalaman dan kemeriahan disini. Khabarnya catatan pengunjung adalah seramai 3.5 juta orang. Haaa nampak tak bagaimana meriahnya. 


You Might Also Like

0 komen