MINYAK TENANG ANAKANDA KELUARAN NING SALMAH BANTU ANAK KEMBUNG PERUT

Wednesday, December 28, 2016



MINYAK TENANG ANAKANDA KELUARAN NING SALMAH BANTU ANAK KEMBUNG PERUT | Kebiasaan bila akan ada ahli baru didalam keluarga patik, persiapan untuk menerima kehadiran bayi baru akan dibuat. 

Mengikut pengalaman abang-abang dan adik patik, segala persiapan perlu disediakan untuk memastikan apabila kehadiran bayi tersebut tiada apa yang kita perlu kejar-kejarkan termasuklah pakaian dan juga ubat-ubatan yang diperlukan untuk keselesaan si kecil nanti.  


Untuk kali ini patik ingin kongsikan sedikit pengalaman dalam persiapan menerima kehadiran anak buah baru dalam keluarga patik. 

Selain penyediaan pakaian dalaman dan luaran baru serta segala keperluan bayi, penekanan juga diberikan kepada penyediaan ubatan luaran seperti minyak angin yang selalu digunakan samada selepas mandi atau pun apabila bayi dalam keadaan tidak selesa. 


Terbaru patik baru terjumpa minyak angin tenang anakanda keluaran Ning Salmah yang sangat-sangat membantu bayi yang mengalami kembung perut kerana masuk angin dan juga sembelit.


Campuran minyak kayu putih, minyak buah pala, minyak cengkih dan minyak daun pudina menjadikan minyak angin tenang anakanda ini menjadi pilihan adik beradik patik untuk anak-anak mereka kerana baunya yang sangat menyenangkan dan menenangka dan tidak memeritkan dan memanaskan seperti minyak angin biasa. 


Hanya berharga RM53 dengan berat 100 ml menjadikan penggunaan sehingga 2 -3 bulan bergantung kepada lama penggunaan. Memang jimat dan berbaloi. 


Bagi korang yang ingin memiliki minyak angin ini sebagai pengganti minyak angin untuk bayi anda yang biasa, korang boleh dapatkan informasi seperti berikut:


No Telefon:
 012-699 2604


>> WEBSITE | FACEBOOK <<



You Might Also Like

0 komen