Posts

Showing posts from January 2, 2016

KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN

Image
KONSEP 'SHELL OUT' PADA HARGA BERBALOI BERSAMA RAKAN TAULAN | Patik perasan sejak dua menjak ni, konsep makan yang ala-ala melambak yang orang panggil 'shell out'    ni sangat popular di Malaysia. Patik sebenarnya hanya mengetahui kisah  'shell out'    bila ternampak dekat time line facebook patik dimana mereka ni akan berapron sambil menikmati makanan lauk yang dilambakkkan diatas meja panjang sambil dinikmati bersama rakan taulan atau dengan keluarga tercinta dan khabarnya kos makan untuk 1 kepala memakan harga yang boleh tahan mahal dia.  Nak dijadikan cerita, kawan patik telah memberi cadangan untuk membuat konsep  'shell out'    dimana korang boleh menikmati makanan laut dengan konsep yang sama pada harga yang sangat berpatutan.  Kami telah mengubah sebuah kelas menjadi konsep ala-ala fine dining. Haaaaa bijak kan kami demi untuk menikmati makanan sama seperti konsep   'shell out'   yang digembar gemburkan itu.