Posts

Showing posts from January 13, 2016

MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK

Image
MENIKMATI AIS KEPAL DI PLAN B IPOH, PERAK | Tempoh hari patik dan 2 rakan blogger patik iaitu Mawardi Yunus & Pena Berkala telah mengadakan jalan-jalan singkat ke Ipoh, Perak . Ipoh, Perak memang sinonim dengan lokasi hipster yang sangat jarang ditemui di Malaysia dan di Ipoh telah membangun menjadi sebuah lokasi hipster yang sering dikatakan oleh rakyat Malaysia. Bila orang berkata-kata, hati patik pun teringin juga untuk sampai kesana dan akhirnya kami sampai ke Ipoh, Perak . Ais Kepal yang dulunya memang popular, kini mungkin dilupakan kita anak moden. Terkini berlokasi di Plan B Ipoh Perak korang akan menjumpai ais kepal yang mungkin serupa seperti zaman mak ayah kita tu haaa.  Ruangan kedai yang dipanggil BITS & BOBS ini tempat dimana ais kepal yang patik dan mungkin semua orang akan cari. Lokasinya memang betul-betul didalam Plan B tersebut. Untuk menikmatinya korang perlu membuat barisan yang boleh dikatakan panjang.  Terdapat 4 jen

PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN

Image
PENYAKIT TALASEMIA DALAM KEHIDUPAN | Tadi semasa sembang-sembang masa makan dengan rakan-rakan dicafe, kisah penyakit talasemia menjadi bahan bualan antara kami. Sebenarnya patik tiada informasi berkenaan hal ini.  Nak dijadikan cerita, seorang rakan patik mempunyai latar belakang penyakit talasemia ini. Mengikut kisah beliau, mak dan ayah beliau adalah pembawa penyakit thalasemia dan 3 daripada adik beradik beliau sekarang ini menjadi pembawa penyakit talasemia . Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.  Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksig