Posts

Showing posts from January 14, 2016

SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK

Image
SARAPAN PAGI DI RESTORAN NEW HOLLY WOOD, IPOH PERAK | Patik kalau berkunjung ketempat orang, selain daripada melihat tempat-tempat menarik, patik akan mencari lokasi makanan yang menjadi pilihan masyarakt tempatan.  Tempoh hari semasa berkunjung ke Ipoh, Perak, patik dan 2 rakan Projek Travel sempat bertanyakan rakan-rakan instagram berkenaan lokasi makan lepak-lepak yang best since kami pun sampai dekat Ipoh masih lagi waktu pagi. Memang banyak yang berkongsi lokasi makan-makan santai yang best di Ipoh dan salah seorangnya adalah Eemirsyhafiq yang mengajak kami bersarapan pagi di Restoran New Holly Wood ini.  Kami pun terus menggunakan khidmat waze untuk mencari lokasi "New Holly Wood Restaurant" dan akhirnya kami sampai. Bila patik sampai jee dihadapan restoran ini, hati patik mula bertanya. Betul ke restoran ni yang dimaksudkan? Tengok pada papan tanda memang dh tertera Restoran New Holly Wood , tapi kenapa penjualnya adalah mereka yang berban