Posts

Showing posts from January 15, 2016

EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH

Image
EAT TRAVEL WRITE 2.0 ANJURAN GAYA TRAVEL SANGAT MERIAH | Program EAT TRAVEL WRITE 2.0 yang dianjurkan oleh Gaya Travel telah masuk musim ke 2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada blogger dan rakan media terhadap lokasi makanan setempat dan berkongsi dengan rakan maya masing-masing memalui media sosial yang mereka ada.  Program ini sekali gus boleh membantu meningkatkan kesedaran dan juga sebagai promosi terhadap lokasi makanan disesuatu tempat.  Untuk program EAT TRAVEL WRITE 2.0 ini, kawasan yang mereka tumpu adalah sekitar Serdang, Kajang dan juga Kuala Selangor .  Program ini dimulakan dengan sesi penerangan tentang program dan sedikit gimik perasmian daripada orang kuat Gaya Travel dan juga wakit daripada Unit Perangcangan Negeri Selangor dengan upacara melambung Teh Tarik.  Selesai upacara perasmian dan penrangan ringkas, kami diberikan beberapa kumpulan dan setiap kumpulan akan memakai mengikut warna baju masing-masing. Haaaa