Posts

Showing posts from March 10, 2016

BETUL KE TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA KINI DIMILIKI OLEH FELDA DISAJI?

Image
Taman Warisan Pertanian Putrajaya BETUL KE TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRAJAYA KINI DIMILIKI OLEH FELDA DISAJI? | Bila sebut Taman Warisan Pertanian Putrajaya patik pasti korang akan membayangkan tempat yang agak gah struktur bangunannya tetapi sedikit sunyi dengan aktiviti kan?  Hanya mereka yang sering ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan mengetahui dekat sini terdapat ruangan makan-makan yang seronok untuk dijunjungi. Patik pun kalau datang kesini pasti akan pekena Roti John Ayam dan juga Coconut Shake mereka yang memang sedap dan santai. Itulah kelebihan yang terdapat di  Taman Warisan Pertanian Putrajaya . Pendaftaran pihak media Tempoh hari patik dan beberapa rakan blogger dan team Projek Travel  telah dijemput untuk datang ke Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai memperkenalkan cawangan terbaru yang ke-12 Felda D'Saji dimana bangunan di Taman Warisan Pertanian ini kini dikendalikan oleh Felda D'Saji . Para jemputan yang hadir pada ma