Posts

Showing posts from April 25, 2016

BERMAIN DENGAN IKAN DI SUNGAI CHILING

Image
BERMAIN DENGAN IKAN DI SUNGAI CHILING | Sungai Chiling yang terletak di kawasan Kuala Kubu Baru, Rawang ini merupakan sebuah lokasi untuk orang ramai melakukan aktiviti yang dekat dengan alam sekitar.  Ramai orang kata Sungai Chiling memiliki air terjun yang agak cantik dan juga merupakan tempat untuk bermain dengan ikan sunga i. Untuk mendapat kepastian, patik dan 3 rakan lain bergerak ke sungai yang diperkatakan.  Perjalanan patik dari Shah Alam ke Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru ini memakan masa lebih kurang 1 jam dengan memandu.  Kawasan letak kereta Setibanya patik di kawasan Sungai Chiling ini, orang ramai sudah mula memenuhi kawasan letak kereta. Jangan risau kerana tempat meletak kenderaan memang banyak untuk keselesaan pengunjung.  Santuari Ikan Sungai Chiling Untuk pengetahuan semua, Santuari Ikan Sungai Chiling ini dibuka setiap Jumaat, Sabut & Ahad SAHAJA bermula jam 8.00 pagi sehingga 6 petang . Sungai Chiling ini digezetkan oleh Kera