Posts

Showing posts from August 22, 2016

BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK

Image
BEKAS MAKANAN DAHULU DAN SEKARANG PILIHAN DUNIA PATIK | Kalau dahulu zaman kanak-kanak, patik memang sangat jarang membawa bekal kesekolah. Takut dilabel sebagai anak manja dan sebagainya menjadikan patik segan untuk bawa bekalan makan.  Tapi kalau bekal makanan member, patik adalah orang yang selalu mengendeng kawan patik untuk menjamah sedikit bekalan yang dibawa. Tak tahu kenape perasaan malu tu ade. Padahal bekal makan orang ko belasah makan.  Bila dah bekerjaya ni, patik rasa perlunya bekas makanan yang memudahkan patik dan kalau boleh tidak perlu untuk patik keluar mencari makanan. Kebiasaannya patik lebih suka gunakan masa makan tengahri untuk tidur didalam bilik daripada keluar berpanas mencari makanan. Bekas makanan biasa dan juga periuk serbaguna Bila patik terbaca blog dan facebook kawan patik si Julia Johari berkenaan lunch box ni, patik berusaha untuk mendapatkannnya. Akhirnya patik terjebak dengan #TeamPeriukDoraemon a.k.a periuk serbaguna ni haa.